Thursday, June 20, 2019



ANIS SABIRIN ( A.B.S Nil, Nuraini )
Anis Sabirin dilahirkan pada 1 Mac 1936 di Johor Bharu, Johor Darul Takzim. Merupakan salah seorang penyair/penulis wanita yang cukup menonjol di dalam bidang penulisan kreatif terutama puisi dan cerpen sekitar era 1960-an. Selain itu dikenali juga sebagai seorang yang sangat lantang di dalam forum-forum atau ceramah membabitkan persoalan dunia wanita.
Anis Sabirin mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu dan agama. Beliau melanjutkan pelajarannya di Sekolah Perempuan ( Inggeris ) Sultan Ibrahim, Johor Bharu sebelum berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya, Singapura dan kemudiannya berjaya memperolehi ijazah Sarjana Muda Sastera dengan kepujian pada tahun 1959.
Pernah bertugas dengan Dewan Bahasa dan Pustaka selaku pegawai penyelidik dari Mei 1960 hingga Februari 1967. Beliau pernah menetap di Amarika Syarikat untuk memperolehi ijazah M.A dalam bidang Sains Politik dan dalam tahun 1976 lulus Ph.D dalam bidang Ekonomi.  Walaubagaimanapun, kegiatan sasteranya pernah terhenti sekitar akhir tahun 1960-an hingga tahun 1970-an. Namun di awal 1980-an ia mulai muncul kembali  dengan ditandai kemunculan puisi-puisinya dalam Dewan Sastera dan Dewan Budaya.
Antara karya-karyanya ialah antalogi bersama Puisi-Puisi Nusantara (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa  dan Pustaka, 1981), antalogi bersama, Kembang Melati ( Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1982), Antalogi bersama, Puisi Melayu Baharu ( DBP:1961-1986) dan lain-lain lagi.
Sementara di dalam bidang cerpen pula, antara yang sempat dihasilkan ialah antalogi bersama, Angin Retak ( Melaka: Abbas Bandung 1966),  Dari Bayang Ke Bayang ( Singapura: Pustaka Nasional 1966 ), antalogi bersama, Hawa ( Kuala Lumpur: DBP 1984) dan banyak lagi.
Anis Sabirin juga menghasilkan esei/kritikan berjudul Drama Melayu Moden dalam Esei ( antalogi bersama) Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka:1981. Sementara buku kajiannya Mengenal Puisi telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1972.


KHADIJAH HASHIM, lahir pada 20 April 1942 di Batu Pahat, Johor, Malaysia merupakan novelis, penulis cerpen, pengarang pantun dan penyajak. Beliau pernah bekerja sebagai guru dan juga sebagai penulis dengan akhbar tempatan Utusan Melayu (1974–1976) dan Berita Harian (1976–1985). Beliau lebih dikenali sebagai penulis novel, dan telah menghasilkan 19 novel. Beliau turut mengembangkan daya kreatifnya dalam bidang cerpen, skrip drama radio, buku kanak-kanak, puisi dan rima. Buku lagu kanak-kanak “Sayang Sayang” telah dipilih sebagai Daftar Kehormat ("Honour List") oleh ("International Board on Books for Young People - IBBY") di Basel, Switzerland (2002) dan “Semerbak Poetry” di Macau, China (2006). Khadijah meneruskan minatnya dalam penulisan rima, yang mendorong kepada karya terbarunya “Putera-puteri Malaysia”.
Beberapa cerpen dan novel Khadijah telah dijadikan drama televisen. Antaranya adalah novel "Mawar Merah di Jambangan", "Sekapur Sirih Segeluk Air", "Ditepi Pagar”, dan “Badai Semalam” dan “Dekat Disayang Jauh Dikenang”. Novel “Laila Azwa Gadisku” telah dijadikan filem televisen. Sementara novel “Mira Edora" dan "Pelangi Pagi” turut dijadikan filem dengan judul "Mira Edora" dan "Bicara Hati".[2]
Novel pertama dan paling terkenal hasil karyanya adalah novel “Badai Semalam” (1968) yang digunakan sebagai buku teks di Singapore dan Malaysia[3]. Novel ini telah diterjemah ke bahasa Inggeris, “Storms of Yesterday”, oleh Mahani Abdul Hamid pada 1991 dan bahasa Sepanyol, "Tormentos del ayer", oleh Alberto Balanza dan Yahia pada 2010. “Badai Semalam” diterbitkan beberapa kali dan terkini adalah pada 2006 oleh Alaf21 dalam siri novel nostalgik. Versi Inggeris turut diterbitkan semula pada 2009 oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia di bawah Siri Penulisan Malaysia ("Malaysian Literature Series")[4].
Novel “Merpati Putih Terbang Lagi” memenangi hadiah sagu hati dalam peraduan menulis sepuluh tahun kemerdekaan Malaysia. Novel ini turut diterjemahkan ke bahasa Jepun oleh Tatsun Hoshino. Novel “Exiled” telah dicalonkan bagi Anugerah Penulisan Dublin IMPAC Antarabangsa ("International IMPAC Dublin Literary Award") pada 1997. Khadijah merupakan penerima Anugerah Penulis Asia Tenggara pada 1999 dan menamatkan Program Penulisan Antarabangsa di Universiti Iowa pada tahun 1994. Siri buku kanak-kanaknya, “Siri Lagenda”, “Siri Aura dan Fauna” dan “Siri Teladan dari Rimba” telah diterjemah ke bahasa Inggeris oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia (2009). Kumpulan Puisi beliau
Semerbak Puisi, Kuala Lumpur: ‘K’ Publishing & Distributors Sdn. Bhd., 2004. Dua Dimensi Khadijah Hashim (sajak dan lukisan berus Cina), Kuala Lumpur: ‘K’ Publishing & Distributors Sdn. Bhd.,2008. Puisi Tunas Bangsa, Kuala Lumpur: ‘K’ Publishing & Distributors Sdn. Bhd., 2008. Putera-puteri Malaysia, ‘K’ Publishing & Distributors Sdn. Bhd., 2010

NOR AINI MUHAMMAD
.
Dilahirkan pada 30 Januari 1949 di Pulau Duyong, Kuala Terengganu.Tokoh Terkemuka Penyair Moden Wanita di Terengganu. Nor Aini berkelulusan Sijil Thanawi (Sembilan) & SPM Sekolah Agama Menengah Sultan Zainal Abidin (1968). Sebelumnya Nor Aini lulus di Sekolah Agama Ibtidai (Lima) Madrasah al-Khairiah, Gong Kapas, Kuala Terengganu.
Menulis sejak di Sekolah Menengah dan mengikuti kegiatan Persatuan Sasterawan Terengganu (PELITA) yang antaranya mendapat bimbingan T.Alias Taib yang pernah turut menganggotai AJK Pelita. Puisi pertamanya yang mendapat tempat dalam penerbitan (Mastika, Disember 1967) berjudul `Kepada Gadis Yang Tempang`. Nor Aini seorang penyair yang cepat tersentuh dengan suasana dan kehidupan masyarakat di sekeliling. Dia mempuisikan tentang masyarakat di kampungnya `Nadi Kampungku (hlm. 5-6, 1968), kehidupan petani `Senyum Padi` (10, 1969), tentang penyu di Rantau Abang `Episod Penyu B. 6274 (20, 1971), tentang musim Tengkujuh `Disember Telah Datang` (22-23, 1973), tentang laut (24-25, 1973), Perempuan Dengan Ombak (75, 1972.).
Dekad 1970an adalah zaman prolifik Noraini. Beliau pernah memenangi Hadiah Sastera Malaysia pada tahun 1971.


Saturday, June 15, 2019


BIODATA
ZURINAH HASSAN ialah Sasterawan Negara Malaysia yang ke 13 dan sasterawan wanita pertama yang dianugerahi gelaran tersebut.  Selain itu beliau menerima Hadiah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write Award ) pada 2004 dan Hadiah Puisi Sunthorn Phu (Hadiah Puisi Negara ASEAN) pada 2013. Selain menulis, Zurinah giat dalam aktiviti membaca syair dan pernah mempersembahkan syair di India, Jepun, Thailand, Indonesia dan Brunei.
Zurinah menulis dalam pelbagai genre dan hingga kini menghasilkan kumpulan puisi, kumpulan cerpen, novel, kajian sastera dan memoir. Walaupun lebih dikenali sebagai Penyair, Zurinah juga pernah memenangi Hadiah Sastera Perdana, Hadiah Sastera Utusan, Hadiah Buku Perpustakaan Negara untuk cerpen dan memoir.  Karyanya telah diterjemahkan ke beberapa bahasa, misalnya bukunya Menghadap ke Pelabuhan telah terbit dengan terjemahan Bahasa Inggeris, Bahasa Spanish, Bahasa Russia dan Peranchis. 
Zurinah Hassan dilahirkan pada 13 Jun 1949 di Alor Setar, Kedah, mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu Tikam Batu, Sekolah Convent Sungai Petani dan Sekolah Sultanah Asma Alor Setar sebelum melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.  Zurinah memperolehi ijazah Sarjana dari UPM dan Ph.D dari Universiti Malaya. Beliau dianugerahi Bintang Kebesaran Darjah Setia Diraja Kedah pada 2013 membawa gelaran Dato’.






Sunday, May 19, 2019


BY ZURINAH HASSAN

En regardant le port

Comme cela me dérange
Chaque fois que je regarde les lumières du port
Ce sont les lumières de nos limites
Qui nous rappellent que personne ne peut vivre sans nom
Ni sans loyauté à un pays.

Mais personne ne peut choisir son propre nom
Ou le pays où l’on va naître.



Menghadap ke Pelabuhan

Alangkah sukarnya berdepan
dengan lampu-lampu pelabuhan
lampu-lampu sempadan yang mengingatkan
hidup ini mustahil tanpa nama
dan kesetiaan kepada negara.

Tapi tak siapa memilih namanya sendiri
dan negara untuk dilahirkan





Le monde est un centre commercial

Shakespeare a dit un jour
Que le monde est une scène
Les hommes ne sont que des acteurs
Se partageant de nombreux rôles.

Dans les mains de Beckett
Les comédiens deviennent des esclaves
Emprisonnés sur l’estrade
Dans une scène sur l’attente
Dans une pièce sans fin.

Que se passe-t-il si aujourd‘hui nous disons
Que le monde est un grand marché
Nous sommes sans exception des commerçants ou des acheteurs
Prononçant le dialogue des transactions commerciales.

C’est un centre commercial pour tout le monde
Ainsi qu’un hall d’exposition
Avec des promoteurs sournois
S’emparant de ceux dont la conscience sociale
Est à la recherche
Pour l’acquérir, d’un statut.

Qu’il s’agisse d’une pièce de Shakespeare
D’acteurs aux nombreux rôles
Et aux nombreux visages
Ou dans la pièce de Beckett
De comédiens pris au piège dans une salle d’attente
Nous ne différons pas d’eux
Nous sommes des acteurs dirigés par le matérialisme.





Dunia Sebuah Pasar Raya

Kata Shakespeare
dunia adalah sebuah pentas
manusia hanyalah berlakon
dengan pelbagai peranannya.

Di tangan Beckett
manusia adalah pelakon
yang terperangkap di pentasnya
di dalam satu babak penantian
yang tidak ada kesudahan.

Hari ini bagaimana kalau kita berkata
dunia adalah sebuah pasar raya
manusia menjadi pembeli dan penjual
berdialogkan transisi urus niaga.

Ini adalah medan berjual beli
ini juga gedung peragaan
si mahir menebar ikan
menjala si egois
yang tidak putus-putus
membeli status.

Adakah ini pentas Shakespeare
pelakon dengan pelbagai peranan
harus pandai bermuka-muka
atau seperti pentas Beckett
yang memerangkap di babak penantian
apakah bezanya
kita yang diarah oleh kebendaan.






Le message de la Princesse du Mont Ledang au Sultan Mahmoud

Tun Mamat
Fait part du message suivant au sultan
Qu’il fournisse ceci pour ma dot
S’il souhaite m’épouser.

Qu’il me construise un pont en or et un autre en argent
Qu’il m’apporte sept plateaux de coeurs de moustiques et de germes
Des coupes pleines de larmes et de jus de jeunes noix de bétel
Et du roi et du prince un bol de leur sang chacun.

Franchement
Je savais dès le départ
Qu’il était prêt à construire ce pont de misère
À laisser le peuple porter les plateaux de l’agonie
Et supporter le fardeau des lourdes coupes de larmes
À brûler leur vie avec la flamme de son désir charnel
À condition qu’il pût échapper à l’incendie.

Tun Mamat,
Ces conditions ne montrent que mon refus
Je refuse d’être sa reine
Voyant ma vie comme un trouble reflet
Je ne suis pas Tun Fatimah
Capable de pardonner la cruauté
Je ne suis pas Tun Kudu
Que l’on put forcer de consentir
Hang Li Po suffit
Enveloppée comme un présent, un héritage
Ou Tun Teja qui trébucha et tomba
L’amant qu’elle suivit n’étant qu’une ombre.
Laissons le Mont Ledang se dresser fièrement, comme un rappel à
tous
D’une fleur qui survécut et resta libre
Ayant échappé au caprice royal
Même une femme peut choisir de ne pas être d’accord
Même un roi doit à son tour
Admettre qu’il est battu.

Note: le Sultan Mahmoud, le dernier empereur de Malacca, tomba amoureux de la princesse
du Mont Ledang qui lui était apparue en rêve. Il envoya ses hommes sur la montagne pour
la demander en mariage, causant beaucoup de détresse et des morts inutiles. La princesse fit parvenir son célèbre et éloquent message au sultan par l’intermédiaire de Tun Mamat, le seul homme qui parvint au sommet de la montagne.



Pesanan Puteri Gunung Ledang kepada Sultan Mahmud

Tun Mamat
sampaikan pesanku kepada Sultan
jika aku ingin diperisterikan.

Perbuatkan aku jambatan emas jambatan perak
bawakan tujuh dulang hati kuman, hati nyamuk
air mata dan air pinang muda setempayan
darah raja dan anak raja semangkuk.

Sebenarnya
aku telah menduga
dia akan sanggup merentang jambatan derita
dia merelai negeri menjadi dulang sengsara
membiarkan rakyat memikul tempayan air mata
kehidupan terbakar dalam api berahi
selagi kepanasan tidak terpercik ke tubuhnya.

Tun Mamat,
sebenarnya aku memberi syarat ini
kerana aku tidak sudi menjadi permaisuri Sultan
dan hidup bercerminkan kekeruhan
aku bukan Tun Fatimah
yang pandai memaafkan kezaliman
aku bukan Tun Kudu
yang tahu merelakan paksaan
cukuplah dengan Puteri Hang Li Po
yang terbungkus menjadi persembahan
dan tersungkurnya Tun Teja
ketika menangkap bayang-bayang cinta.
Biarlah Gunung Ledang berdiri mengingatkan
ada bunga yang tidak dapat digubah
sesedap titah
seorang perempuan pun ada kalanya
berhak memiliki kebebasan
seorang Sultan pun ada kalanya
harus tunduk kepada kekalahan.











Friday, May 3, 2019



SASTERAWAN DI UNIVERSITI.
Setelah terhantar pengumuman lantikan sebagai Profesor Adjung di Universiti Malaysia Perlis dan Karyawan Tamu Utama di UUM,Sintok, ramai yang bertanya-tanya. Sebenarnya status tu tidak sengaja terhantar .Mulanya aku cuma nak masukkan dlm list biodata di FB. Tiba2 jadi status dan tersiar secara besar-besaran begitu
Ada juga yg komen (atau aku yang terasa ada orang nak komen hehe) MENGAPA AKU YANG SUDAH TUA NAK MULA KERJA BARU?
Biar aku jelaskan: Setiap Universiti Awam telah diarah oleh Menteri Pendidikan untuk menempatkan seorang SN di universiti masing-masing. Oleh kerana bilangan SN tidak mencukupi untuk semua uni, maka seorang SN boleh ambil lebih dari satu uni. Beberapa uni telah hubungi aku tapi yang bersungguh2. sejak awal ialah UUM dan Unimap.
Sbg karyawan dan Prof Adjung aku cuma perlu berada di sana 6 kali setahun. Lantikan untuk 2 tahun. Aku setuju untuk terima uum dan unimap kerana 2 kampus adalah berdekatan, Takut pula dapat yang lebih jauh. Aku minta mereka atur program agar aku boleh pergi sekali jalan sahaja.
Kedudukan SN di Universiti setakat yang aku tahu:
 A.Samad Said (Unisza/UPSI), 
Baha Zain (UiTM), 
Muhammad Haji Salleh (UM, UIA, USIM,) 
Kemala (USM, UNIMAS), 
Anwar Ridhwan (UKM).
Aku cuba usahakan setakat yang terdaya.
Berserah kepadaMu ya Allah.
Di bawah ialah gambar2 pada hari perlantikanku di UUM.#unimap #universiti utara malaysia









Thursday, January 17, 2019

Here are the pictures of my work station.  One of the books that I have written is Menghadap ke Pelabuhan/Facing The Harbour . The poems are originally written in Malay Language and translated into English by myself. It is later picked up by other translators and converted into Spanish, Japanese,  French and Russian. Thanks to the effort of ITBM ( Institute of Translation and Books Malaysia.  The Malay-English edition has been printed three times. 


Tuesday, November 20, 2018

The Other Love Poem is the poem that I read in Singapore Writers Festival on 10. November 2018. The festival was from 2.11 to 11.11. Most events took place at the Art House Singapore Occupying the almost 200-year-old building that was Singapore's first Parliament House, The Arts House has played an active role in promoting Singapore arts and cultural events...


The other love poem
A sailor is in love with the waves
And eventually like the waves
He become a hopeless lover

A poet is in love with his words
And eventually the net of words
Entangled him from meaning

The sea is a fascinating spread
The jungle a passionate net
The poet is an ardent speaker
But the sea will not reveal its secret
The jungle will not reveal its secret
And one own self
Is the peak of all mysteries

All creation is a mean
Of getting to the creator
Yet how do I write a love poem
So that the purpose will not be hidden
By the medium



The World is a Shopping  Mall

Shakespeare had said
All the world’s a stage
Men are merely actors
With many roles and many parts


In the hand of Beckett
The actors become slaves
Imprisoned on the stage
In a scene of waiting
In a play without ending


Today what if we say
That the world is a big market
We are traders or buyers without exception
Uttering the dialog of business transaction


This is a shopping mall for all
Also a display hall
With cunning promoters
Catching the social conscious
Who go on searching
And shopping for status


Whether this is a Shakespearean stage
Actors with many roles
And many faces
Or in the play by Beckett
The act of  waiting on the set
We are no different from them
We’re being directed by materialism


The World is a Shopping  Mall

Shakespeare had said
All the world’s a stage
Men are merely actors
With many roles and many parts


In the hand of Beckett
The actors become slaves
Imprisoned on the stage
In a scene of waiting
In a play without ending


Today what if we say
That the world is a big market
We are traders or buyers without exception
Uttering the dialog of business transaction


This is a shopping mall for all
Also a display hall
With cunning promoters
Catching the social conscious
Who go on searching
And shopping for status


Whether this is a Shakespearean stage
Actors with many roles
And many faces
Or in the play by Beckett
The act of  waiting on the set
We are no different from them


We’re being directed by materialism