Saturday, June 15, 2019

BIODATA ZURINAH HASSAN THE FIRST MALAYSIAN FEMALE NATIONAL LAUREATE


BIODATA
ZURINAH HASSAN ialah Sasterawan Negara Malaysia yang ke 13 dan sasterawan wanita pertama yang dianugerahi gelaran tersebut.  Selain itu beliau menerima Hadiah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write Award ) pada 2004 dan Hadiah Puisi Sunthorn Phu (Hadiah Puisi Negara ASEAN) pada 2013. Selain menulis, Zurinah giat dalam aktiviti membaca syair dan pernah mempersembahkan syair di India, Jepun, Thailand, Indonesia dan Brunei.
Zurinah menulis dalam pelbagai genre dan hingga kini menghasilkan kumpulan puisi, kumpulan cerpen, novel, kajian sastera dan memoir. Walaupun lebih dikenali sebagai Penyair, Zurinah juga pernah memenangi Hadiah Sastera Perdana, Hadiah Sastera Utusan, Hadiah Buku Perpustakaan Negara untuk cerpen dan memoir.  Karyanya telah diterjemahkan ke beberapa bahasa, misalnya bukunya Menghadap ke Pelabuhan telah terbit dengan terjemahan Bahasa Inggeris, Bahasa Spanish, Bahasa Russia dan Peranchis. 
Zurinah Hassan dilahirkan pada 13 Jun 1949 di Alor Setar, Kedah, mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu Tikam Batu, Sekolah Convent Sungai Petani dan Sekolah Sultanah Asma Alor Setar sebelum melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.  Zurinah memperolehi ijazah Sarjana dari UPM dan Ph.D dari Universiti Malaya. Beliau dianugerahi Bintang Kebesaran Darjah Setia Diraja Kedah pada 2013 membawa gelaran Dato’.






No comments:

Post a Comment