buku ini berharga rm 15. Boleh dibeli online . Bank in ke akaun 112101453121 (zurinah hassan) . watsap nama dan alamat ke 0162598049. penghantaran percuma oleh shoppie.
PENGENALAN
Pantun adalah warisan bangsa yang dikagumi di
seluruh dunia dan diiktiraf sebagai karya sastera yang unik dan bermutu.
Sebagai sastera rakyat, ribuan pantun yang diwarisi adalah khazanah bernilai
yang tidak diketahui penciptanya.
Boleh
dikatakan Pantun adalah bentuk puisi warisan yang paling popular dan hidup subur pada masa ini mengatasi syair, seloka, nazam dan gurindam. Pantun tersebar luas melalui pelbagai media
seperti lirik lagu, majlis perkahwinan, majlis rasmi dan pelbagai acara
kemasyarakatan. Sering juga diadakan pertandingan berbalas pantun baik di
peringkat sekolah hingga ke peringkat kebangsaan. Pantun bukan sahaja disiarkan dalam
majalah ilmiah dan budaya seperti Dewan Budaya, Dewan Sastera dan Pelita Bahasa malah dalam
majalah-majalah jenaka dan komik seperti
Ujang dan Din Lawak.
Pantun bukan saja menjadi lirik lagu Melayu Asli malah lagu Rock. Lagu rakyat.
Dewasa ini Pantun juga
berkembang di internet. melalui beberapa laman web khas. Di facebook ada
pelbagai page yang tertumpu kepada pantun seperti Pantun Nusantara, Puisi dan
Pantun, Pantun Minang dll di mana ahli boleh menghantar pantun setiap masa
BEBERAPA PANDUAN MENULIS PANTUN YANG BAIK.
1 Sebuah pantun yang baik mestilah menepati ciri-ciri pantun iaitu mempunyai pembayang dan maksud, berima abab, mengandungi antara 8 hingga 12 sukukata pada satu baris. Ia tidak hanya mempunyai rima akhir yang tepat tetapi juga rima tengah dan rima awal.
2 Pantun yang indah menggunakan alam sebagai pembayang. Penulis pantun perlulah mempunyai pengetahuan tentang sesuatu unsur alam yang digunakan agar ia dapat digunakan secara yang betul. Adakalanya seorang penulis tidak arif tentang unsur alam yang digunakan sehingga menyebabkan gambaran yang tidak logik, tidak jelas malah tidak ketentuan maknanya. Contoh:
Dahan bemban senang dipaut
Pangkal kayunya dibuat ulu
Jangan berkata sesedap mulut
Sebelum kata fikir dahulu.
Pembayang yang digunakan menunjukkan bahawa penulis tidak arif tentang jenis pohon yang digunakan. Bemban bukan pokok kayu keras yang berdahan dan beranting yang dapat dipaut. Batang Bemban lembut tidak Berdahan dan tidak boleh dibuat ulu. Kulit bemban digunakan untuk dibuat tali.
Awan mendung berarak melata
Guruh berbunyi bersahut-sahutan
Kawan yang baik umpama pelita
Menyuluh diri dalam kegelapan.
Baris pertama ‘Awan mendung berarak melata’ memberi gambaran yang tidak tepat. Tidak sesuai awan dikatakan melata kerana melata bererti merayap di bumi.
3 Baris-baris Pembayang berfungsi untuk membayangkan apa yang akan terjadi pada baris-baris maksud. Sebuah pantun yang baik mestilah mempunyai suasana yang sama di dalam pembayang dan maksud. Jika maksud gembira maka pembayang juga sepatutnya menggembirakan .
Contoh:
Kusangka nanas di tengah padang
Rupanya pandan yang berduri
Kusangka panas hingga ke petang
Rupanya hujan di tengah hari.
Rupanya pandan yang berduri
Kusangka panas hingga ke petang
Rupanya hujan di tengah hari.
Di sini terdapat Pembayang yang baik tidak lari dari makna dan suasana dalam maksud. Suasana dan makna dalam pembayang adalah sama dengan maksud iaitu harapan yang kecewa.. Apa yang disangka tidak menjadi kenyataan. Yang diharap ialah nanas yang boleh dimakan, rupanya bukan, Ia hanya pokok pandan yang seperti nanas tapi tiada buahnya.
Lihat pula bercanggahnya dua baris pembayang dengan dua baris maksud dalam pantun berikut:
Pokok tumbang dipanah petir
Patah menimpa pokok keranji
Jangan abang merasa khuatir
Adik tidak mungkir janji
Maksud yang hendak disampaikan ialah supaya bertenang dan jangan bimbang, sedangkan di dalam pembayang terdapat kelapa yang tumbang dan patah akibat dipanah petir.
4 Sebaik-baiknya pantun tidak menggunakan nama orang kecuali tokoh yang dikenali masyarakat seperti Hang Tuah, Hang Jebat, Tun Teja atau nama-nama am seperti datuk Penglima, Laksamana, Raja Muda dan sebagainya. Ada juga pengarang pantun yang menulis menggunakan nama orang Ini dianggap sebagai mengambil jalan mudah untuk mendapatkan rima..
Kalau pergi ke kedai pak Ali
Pergi Bersama Encik Husna
Emas intan tidak terbeli
Kerana saya miskin dan hinaGAYA BAHASA DALAM PANTUN DAN PANDUAN MENULIS PANTUN YANG BAIK
Pantun
ialah karya sastera yang sudah tentu menggunakan bahasa yang indah. Sebagai karya
kreatif, pantun memiliki komponen penting iaitu pemikiran dan perasaan (emosi).
Pemikiran merangkumi pandangan hidup, nasihat, pedoman dan falsafah manakala perasaan
merangkumi rasa sedih, suka, bahagia, kagum, sayu dan bermacam-macam lagi.
Sebagaimana
hasil sastera Melayu yang lain, Perasaan dan Pemikiran itu tidak dicurahkan
dengan berterus terang tetapi dengan menggunakan perlambangan yang sebahagian
besarnya terdiri daripada unsur unsur alam. Penggunaan unsur alam ini pula
menambah keindahan atau estetika sesebuah pantun.
Menggunakan alam
sebagai perlambangan bermaksud menyamakan sesuatu dengan alam. Kata ‘pantun’
itu sendiri adalah dari kata “sepantun” iaitu
menyamakan atau mengumpamakan seperti terlihat di dalam baris pantun:
“kami sepantun telur itik, kasihan ayam maka menjadi”.
Karya sastera mengemukakan Pemikiran melalui
sentuhan emosi atau deria. Karya sastera yang bermutu adalah jalinan yang
harmonis di antara penggunaan bahasa, gaya penceritaan dan subjek yang
disampaikan.Unsur alam memberikan kesan audio,dan
kesan visual. Dan kedua ini berpadu menyampaikan makna
pantun.
Kesan
audio atau kesan bunyi didapati dari cara penyair menyusun kata-kata dengan
menggunakan unsur-unsur rima (rima akhir, rima awalan, dalaman) , asonansi dan
aliterasi, ulangan perkataan , bilangan sukukata pada setiap baris dan bilangan
baris pada setiap rangkap.Ia juga dihasilkan oleh imej-imej yang digunakan.
Metafora
Dalam Pantun
Gaya bahasa dalam pantun yang dominan ialah penggunaan Metafora, Simile, Personifikasi dan Hiperbola, Metafora berlaku
apabila perkataan-perkataan yang digunakan mempunyai makna yang menyimpang dari
maknanya yang asal atau makna yang literal. Ini bererti telah terdapat pemindahan atau penyimpangan makna
di dalam kata-kata. Ia tidak lagi dapat dirujuk secara literal . Contoh:
Buah langsat kuning
mencelah,
Keduduk tidak berbunga
lagi;
Sudah dapat gading
bertuah,
Tanduk tidak berguna lagi.
Ungkapan gading bertuah
di baris ke tiga adalah sebuah metafora kerana ia digunakan untuk membawa makna
yang lain iaitu sesuatu yang mahal dan dihargai. Pantun ini lebih digunakan
bagi seseorang yang digantikan dengan lain. Pemantun mengharapkan agar dia
dapat dihargai dan tidak dilupakan begitu saja dengan kehadiran orang baru.
Simile ialah menyamakan atau
mengumpamakan sesuatu dengan sesuatu yang lain. Perkataan bagai, umpama,
seperti, sepantun digunakan dalam perbandingan tersebut. Contoh Simile:
Berburu ke padang datar
Dapat rusa
berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Bagai
bunga kembang tak jadi
Cahaya redup menyegar padi
Ayam berkokok
mengirai tuah
Jika hidup tidak berbudi
Umpama
pokok tidak berbuah.
Selasih
di Teluk Dalam
Datang kapas Lubuk Tempurung
Saya
umpama di burung balam
Mata terlepas badan terkurung
Pantun
juga menggunakan hiperbola bagi menyatakan perasaan secara berlebih-lebihan.
Contoh Hiperbola
Buah
jering di atas para
Diambil budak sambil berlari
Keringlah laut Selat Melaka
Barulah dinda mungkirkan janji
“Keringlah laut Selat Melaka” adalah hiperbola
kerana tidak mungkin laut akan kering airnya.
Personofikasi
berlaku bila sesuatu objek diberikan perasaan atau perlakuan seperti manusia. Contoh
Personifikasi:
Bacang
masak mempelam manis
makanan anak bidadari
bintang teresak, bulan menangis
hendak bertemu si matahari.
Di
dalam pantun di atas bintang dan bulan diberikan perlakuan manusia iaitu
teresak dan menangis
Adakah pantun dikira sebagai satu perkataan?
ReplyDelete