ANIS SABIRIN ( A.B.S Nil, Nuraini )
Anis Sabirin dilahirkan pada 1 Mac 1936 di
Johor Bharu, Johor Darul Takzim. Merupakan salah seorang penyair/penulis wanita
yang cukup menonjol di dalam bidang penulisan kreatif terutama puisi dan cerpen
sekitar era 1960-an. Selain itu dikenali juga sebagai seorang yang sangat
lantang di dalam forum-forum atau ceramah membabitkan persoalan dunia wanita.
Anis Sabirin mendapat pendidikan awal di
sekolah Melayu dan agama. Beliau melanjutkan pelajarannya di Sekolah Perempuan
( Inggeris ) Sultan Ibrahim, Johor Bharu sebelum berjaya melanjutkan pelajaran
ke Universiti Malaya, Singapura dan kemudiannya berjaya memperolehi ijazah
Sarjana Muda Sastera dengan kepujian pada tahun 1959.
Pernah bertugas dengan Dewan Bahasa dan
Pustaka selaku pegawai penyelidik dari Mei 1960 hingga Februari 1967. Beliau
pernah menetap di Amarika Syarikat untuk memperolehi ijazah M.A dalam bidang
Sains Politik dan dalam tahun 1976 lulus Ph.D dalam bidang Ekonomi. Walaubagaimanapun, kegiatan sasteranya pernah
terhenti sekitar akhir tahun 1960-an hingga tahun 1970-an. Namun di awal
1980-an ia mulai muncul kembali dengan
ditandai kemunculan puisi-puisinya dalam Dewan Sastera dan Dewan Budaya.
Antara karya-karyanya ialah antalogi bersama
Puisi-Puisi Nusantara (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981), antalogi bersama, Kembang
Melati ( Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1982), Antalogi bersama, Puisi
Melayu Baharu ( DBP:1961-1986) dan lain-lain lagi.
Sementara di dalam bidang cerpen pula,
antara yang sempat dihasilkan ialah antalogi bersama, Angin Retak ( Melaka:
Abbas Bandung 1966), Dari Bayang Ke
Bayang ( Singapura: Pustaka Nasional 1966 ), antalogi bersama, Hawa ( Kuala
Lumpur: DBP 1984) dan banyak lagi.
Anis Sabirin juga menghasilkan esei/kritikan
berjudul Drama Melayu Moden dalam Esei ( antalogi bersama) Kuala Lumpur, Dewan
Bahasa dan Pustaka:1981. Sementara buku kajiannya Mengenal Puisi telah
diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1972.
KHADIJAH HASHIM, lahir pada 20 April
1942 di Batu Pahat, Johor, Malaysia merupakan novelis, penulis cerpen,
pengarang pantun dan penyajak. Beliau pernah bekerja sebagai guru dan juga
sebagai penulis dengan akhbar tempatan Utusan Melayu (1974–1976) dan Berita
Harian (1976–1985). Beliau lebih dikenali sebagai penulis novel, dan telah
menghasilkan 19 novel. Beliau turut mengembangkan daya kreatifnya dalam bidang
cerpen, skrip drama radio, buku kanak-kanak, puisi dan rima. Buku lagu
kanak-kanak “Sayang Sayang” telah dipilih sebagai Daftar Kehormat ("Honour
List") oleh ("International Board on Books for Young People -
IBBY") di Basel, Switzerland (2002) dan “Semerbak Poetry” di Macau, China
(2006). Khadijah meneruskan minatnya dalam penulisan rima, yang mendorong kepada
karya terbarunya “Putera-puteri Malaysia”.
Beberapa cerpen dan novel Khadijah telah
dijadikan drama televisen. Antaranya adalah novel "Mawar Merah di
Jambangan", "Sekapur Sirih Segeluk Air", "Ditepi Pagar”,
dan “Badai Semalam” dan “Dekat Disayang Jauh Dikenang”. Novel “Laila Azwa
Gadisku” telah dijadikan filem televisen. Sementara novel “Mira Edora" dan
"Pelangi Pagi” turut dijadikan filem dengan judul "Mira Edora"
dan "Bicara Hati".[2]
Novel pertama dan paling terkenal hasil
karyanya adalah novel “Badai Semalam” (1968) yang digunakan sebagai buku teks
di Singapore dan Malaysia[3]. Novel ini telah diterjemah ke bahasa Inggeris,
“Storms of Yesterday”, oleh Mahani Abdul Hamid pada 1991 dan bahasa Sepanyol,
"Tormentos del ayer", oleh Alberto Balanza dan Yahia pada 2010. “Badai
Semalam” diterbitkan beberapa kali dan terkini adalah pada 2006 oleh Alaf21
dalam siri novel nostalgik. Versi Inggeris turut diterbitkan semula pada 2009
oleh Institut Terjemahan Negara Malaysia di bawah Siri Penulisan Malaysia
("Malaysian Literature Series")[4].
Novel “Merpati Putih Terbang Lagi” memenangi
hadiah sagu hati dalam peraduan menulis sepuluh tahun kemerdekaan Malaysia.
Novel ini turut diterjemahkan ke bahasa Jepun oleh Tatsun Hoshino. Novel
“Exiled” telah dicalonkan bagi Anugerah Penulisan Dublin IMPAC Antarabangsa
("International IMPAC Dublin Literary Award") pada 1997. Khadijah
merupakan penerima Anugerah Penulis Asia Tenggara pada 1999 dan menamatkan
Program Penulisan Antarabangsa di Universiti Iowa pada tahun 1994. Siri buku
kanak-kanaknya, “Siri Lagenda”, “Siri Aura dan Fauna” dan “Siri Teladan dari
Rimba” telah diterjemah ke bahasa Inggeris oleh Institut Terjemahan Negara
Malaysia (2009). Kumpulan Puisi beliau
Semerbak Puisi, Kuala Lumpur: ‘K’ Publishing & Distributors Sdn. Bhd., 2004. Dua Dimensi Khadijah Hashim (sajak dan lukisan berus Cina), Kuala Lumpur: ‘K’ Publishing & Distributors Sdn. Bhd.,2008. Puisi Tunas Bangsa, Kuala Lumpur: ‘K’ Publishing & Distributors Sdn. Bhd., 2008. Putera-puteri Malaysia, ‘K’ Publishing & Distributors Sdn. Bhd., 2010
Semerbak Puisi, Kuala Lumpur: ‘K’ Publishing & Distributors Sdn. Bhd., 2004. Dua Dimensi Khadijah Hashim (sajak dan lukisan berus Cina), Kuala Lumpur: ‘K’ Publishing & Distributors Sdn. Bhd.,2008. Puisi Tunas Bangsa, Kuala Lumpur: ‘K’ Publishing & Distributors Sdn. Bhd., 2008. Putera-puteri Malaysia, ‘K’ Publishing & Distributors Sdn. Bhd., 2010
NOR AINI MUHAMMAD
.
Dilahirkan pada 30 Januari 1949 di Pulau Duyong, Kuala Terengganu.Tokoh
Terkemuka Penyair Moden Wanita di Terengganu. Nor Aini berkelulusan Sijil
Thanawi (Sembilan) & SPM Sekolah Agama Menengah Sultan Zainal Abidin
(1968). Sebelumnya Nor Aini lulus di Sekolah Agama Ibtidai (Lima) Madrasah
al-Khairiah, Gong Kapas, Kuala Terengganu.
Menulis sejak di Sekolah Menengah dan mengikuti
kegiatan Persatuan Sasterawan Terengganu (PELITA) yang antaranya mendapat
bimbingan T.Alias Taib yang pernah turut menganggotai AJK Pelita. Puisi
pertamanya yang mendapat tempat dalam penerbitan (Mastika, Disember 1967)
berjudul `Kepada Gadis Yang Tempang`. Nor Aini seorang penyair yang cepat
tersentuh dengan suasana dan kehidupan masyarakat di sekeliling. Dia
mempuisikan tentang masyarakat di kampungnya `Nadi Kampungku (hlm. 5-6, 1968),
kehidupan petani `Senyum Padi` (10, 1969), tentang penyu di Rantau Abang
`Episod Penyu B. 6274 (20, 1971), tentang musim Tengkujuh `Disember Telah
Datang` (22-23, 1973), tentang laut (24-25, 1973), Perempuan Dengan Ombak (75,
1972.).
Dekad 1970an adalah zaman prolifik Noraini.
Beliau pernah memenangi Hadiah Sastera Malaysia pada tahun 1971.
No comments:
Post a Comment