Wednesday, February 21, 2018
Sunday, December 10, 2017
buku ini berharga rm 15. Boleh dibeli online . Bank in ke akaun 112101453121 (zurinah hassan) . watsap nama dan alamat ke 0162598049. penghantaran percuma oleh shoppie.
PENGENALAN
Pantun adalah warisan bangsa yang dikagumi di
seluruh dunia dan diiktiraf sebagai karya sastera yang unik dan bermutu.
Sebagai sastera rakyat, ribuan pantun yang diwarisi adalah khazanah bernilai
yang tidak diketahui penciptanya.
Boleh
dikatakan Pantun adalah bentuk puisi warisan yang paling popular dan hidup subur pada masa ini mengatasi syair, seloka, nazam dan gurindam. Pantun tersebar luas melalui pelbagai media
seperti lirik lagu, majlis perkahwinan, majlis rasmi dan pelbagai acara
kemasyarakatan. Sering juga diadakan pertandingan berbalas pantun baik di
peringkat sekolah hingga ke peringkat kebangsaan. Pantun bukan sahaja disiarkan dalam
majalah ilmiah dan budaya seperti Dewan Budaya, Dewan Sastera dan Pelita Bahasa malah dalam
majalah-majalah jenaka dan komik seperti
Ujang dan Din Lawak.
Pantun bukan saja menjadi lirik lagu Melayu Asli malah lagu Rock. Lagu rakyat.
Dewasa ini Pantun juga
berkembang di internet. melalui beberapa laman web khas. Di facebook ada
pelbagai page yang tertumpu kepada pantun seperti Pantun Nusantara, Puisi dan
Pantun, Pantun Minang dll di mana ahli boleh menghantar pantun setiap masa
BEBERAPA PANDUAN MENULIS PANTUN YANG BAIK.
1 Sebuah pantun yang baik mestilah menepati ciri-ciri pantun iaitu mempunyai pembayang dan maksud, berima abab, mengandungi antara 8 hingga 12 sukukata pada satu baris. Ia tidak hanya mempunyai rima akhir yang tepat tetapi juga rima tengah dan rima awal.
2 Pantun yang indah menggunakan alam sebagai pembayang. Penulis pantun perlulah mempunyai pengetahuan tentang sesuatu unsur alam yang digunakan agar ia dapat digunakan secara yang betul. Adakalanya seorang penulis tidak arif tentang unsur alam yang digunakan sehingga menyebabkan gambaran yang tidak logik, tidak jelas malah tidak ketentuan maknanya. Contoh:
Dahan bemban senang dipaut
Pangkal kayunya dibuat ulu
Jangan berkata sesedap mulut
Sebelum kata fikir dahulu.
Pembayang yang digunakan menunjukkan bahawa penulis tidak arif tentang jenis pohon yang digunakan. Bemban bukan pokok kayu keras yang berdahan dan beranting yang dapat dipaut. Batang Bemban lembut tidak Berdahan dan tidak boleh dibuat ulu. Kulit bemban digunakan untuk dibuat tali.
Awan mendung berarak melata
Guruh berbunyi bersahut-sahutan
Kawan yang baik umpama pelita
Menyuluh diri dalam kegelapan.
Baris pertama ‘Awan mendung berarak melata’ memberi gambaran yang tidak tepat. Tidak sesuai awan dikatakan melata kerana melata bererti merayap di bumi.
3 Baris-baris Pembayang berfungsi untuk membayangkan apa yang akan terjadi pada baris-baris maksud. Sebuah pantun yang baik mestilah mempunyai suasana yang sama di dalam pembayang dan maksud. Jika maksud gembira maka pembayang juga sepatutnya menggembirakan .
Contoh:
Kusangka nanas di tengah padang
Rupanya pandan yang berduri
Kusangka panas hingga ke petang
Rupanya hujan di tengah hari.
Rupanya pandan yang berduri
Kusangka panas hingga ke petang
Rupanya hujan di tengah hari.
Di sini terdapat Pembayang yang baik tidak lari dari makna dan suasana dalam maksud. Suasana dan makna dalam pembayang adalah sama dengan maksud iaitu harapan yang kecewa.. Apa yang disangka tidak menjadi kenyataan. Yang diharap ialah nanas yang boleh dimakan, rupanya bukan, Ia hanya pokok pandan yang seperti nanas tapi tiada buahnya.
Lihat pula bercanggahnya dua baris pembayang dengan dua baris maksud dalam pantun berikut:
Pokok tumbang dipanah petir
Patah menimpa pokok keranji
Jangan abang merasa khuatir
Adik tidak mungkir janji
Maksud yang hendak disampaikan ialah supaya bertenang dan jangan bimbang, sedangkan di dalam pembayang terdapat kelapa yang tumbang dan patah akibat dipanah petir.
4 Sebaik-baiknya pantun tidak menggunakan nama orang kecuali tokoh yang dikenali masyarakat seperti Hang Tuah, Hang Jebat, Tun Teja atau nama-nama am seperti datuk Penglima, Laksamana, Raja Muda dan sebagainya. Ada juga pengarang pantun yang menulis menggunakan nama orang Ini dianggap sebagai mengambil jalan mudah untuk mendapatkan rima..
Kalau pergi ke kedai pak Ali
Pergi Bersama Encik Husna
Emas intan tidak terbeli
Kerana saya miskin dan hinaGAYA BAHASA DALAM PANTUN DAN PANDUAN MENULIS PANTUN YANG BAIK
Pantun
ialah karya sastera yang sudah tentu menggunakan bahasa yang indah. Sebagai karya
kreatif, pantun memiliki komponen penting iaitu pemikiran dan perasaan (emosi).
Pemikiran merangkumi pandangan hidup, nasihat, pedoman dan falsafah manakala perasaan
merangkumi rasa sedih, suka, bahagia, kagum, sayu dan bermacam-macam lagi.
Sebagaimana
hasil sastera Melayu yang lain, Perasaan dan Pemikiran itu tidak dicurahkan
dengan berterus terang tetapi dengan menggunakan perlambangan yang sebahagian
besarnya terdiri daripada unsur unsur alam. Penggunaan unsur alam ini pula
menambah keindahan atau estetika sesebuah pantun.
Menggunakan alam
sebagai perlambangan bermaksud menyamakan sesuatu dengan alam. Kata ‘pantun’
itu sendiri adalah dari kata “sepantun” iaitu
menyamakan atau mengumpamakan seperti terlihat di dalam baris pantun:
“kami sepantun telur itik, kasihan ayam maka menjadi”.
Karya sastera mengemukakan Pemikiran melalui
sentuhan emosi atau deria. Karya sastera yang bermutu adalah jalinan yang
harmonis di antara penggunaan bahasa, gaya penceritaan dan subjek yang
disampaikan.Unsur alam memberikan kesan audio,dan
kesan visual. Dan kedua ini berpadu menyampaikan makna
pantun.
Kesan
audio atau kesan bunyi didapati dari cara penyair menyusun kata-kata dengan
menggunakan unsur-unsur rima (rima akhir, rima awalan, dalaman) , asonansi dan
aliterasi, ulangan perkataan , bilangan sukukata pada setiap baris dan bilangan
baris pada setiap rangkap.Ia juga dihasilkan oleh imej-imej yang digunakan.
Metafora
Dalam Pantun
Gaya bahasa dalam pantun yang dominan ialah penggunaan Metafora, Simile, Personifikasi dan Hiperbola, Metafora berlaku
apabila perkataan-perkataan yang digunakan mempunyai makna yang menyimpang dari
maknanya yang asal atau makna yang literal. Ini bererti telah terdapat pemindahan atau penyimpangan makna
di dalam kata-kata. Ia tidak lagi dapat dirujuk secara literal . Contoh:
Buah langsat kuning
mencelah,
Keduduk tidak berbunga
lagi;
Sudah dapat gading
bertuah,
Tanduk tidak berguna lagi.
Ungkapan gading bertuah
di baris ke tiga adalah sebuah metafora kerana ia digunakan untuk membawa makna
yang lain iaitu sesuatu yang mahal dan dihargai. Pantun ini lebih digunakan
bagi seseorang yang digantikan dengan lain. Pemantun mengharapkan agar dia
dapat dihargai dan tidak dilupakan begitu saja dengan kehadiran orang baru.
Simile ialah menyamakan atau
mengumpamakan sesuatu dengan sesuatu yang lain. Perkataan bagai, umpama,
seperti, sepantun digunakan dalam perbandingan tersebut. Contoh Simile:
Berburu ke padang datar
Dapat rusa
berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Bagai
bunga kembang tak jadi
Cahaya redup menyegar padi
Ayam berkokok
mengirai tuah
Jika hidup tidak berbudi
Umpama
pokok tidak berbuah.
Selasih
di Teluk Dalam
Datang kapas Lubuk Tempurung
Saya
umpama di burung balam
Mata terlepas badan terkurung
Pantun
juga menggunakan hiperbola bagi menyatakan perasaan secara berlebih-lebihan.
Contoh Hiperbola
Buah
jering di atas para
Diambil budak sambil berlari
Keringlah laut Selat Melaka
Barulah dinda mungkirkan janji
“Keringlah laut Selat Melaka” adalah hiperbola
kerana tidak mungkin laut akan kering airnya.
Personofikasi
berlaku bila sesuatu objek diberikan perasaan atau perlakuan seperti manusia. Contoh
Personifikasi:
Bacang
masak mempelam manis
makanan anak bidadari
bintang teresak, bulan menangis
hendak bertemu si matahari.
Di
dalam pantun di atas bintang dan bulan diberikan perlakuan manusia iaitu
teresak dan menangis
Wednesday, December 6, 2017
Belayar kapal bertimbang arus
Patah kemudi sepanjang pantai
Tuan laksana cindai nan halus
Alah membeli menang memakai
Sayang mak inang bergelang kaki
Bergelang kaki sambil melenggang
Tuan umpama bintang nurani
Makin dipandang semakin terang
Indah sungguh intan permata
Dibawa orang ke timur jauh
Tuan umpama payung mahkota
Saya ini tumpang berteduh
Bulan terang mengail gelama
Dapat seekor
tenggiri batang
Tuan umpama bulan purnama
Wajahnya tidak jemu dipandang.
Kalau tuan ke kota lama
Ambilkan saya buah berangan
Tuan umpama bulan purnama
Saya pungguk duduk berangan
Sekuntum bunga dalam padi
Ambil batang cabut uratnya
Tuan sepantun langit tinggi
Saya berlindung di bawahnya
Monday, December 4, 2017
Lagu-lagu rakyat menggunakan pantun sebagai senikata. Ini
termasuklah lagu Burung Kenek-kenek, Geylang si Paku Geylang, Chan Maklichan, Lompat si katak lompat, dan banyak lagi.
Lagu Rakyat memeriahkan sesuatu pertemuan bila dinyanyikan beramai-ramai.
Apabila pertemuan telah sampai ke penghujungnya dan peserta-peserta akan pulang
ke tempat masing-masing, mereka merasa sedih . Lagu yang akan dinyanyikan pada
ketika ini ialah Geylang si paku geylang..
Pantun-pantun yang digunakan berunsur kesedihan kerana akan
berpisah. Peserta-peserta juga memohon maaf andainya telah melakukan kesilapan,
berharap dirinya tidak dilupakan dan mengharap akan berjumpa lagi di lain kali
seandainya ada umur panjang.
GEYLANG SI PAKU GEYLANG
Geylang si paku geylang
Geylang si rama-rama
Mari pulang kita lah pulang
Kitalah pulang bersama-sama.
Kalau ada jarum yang patah
Jangan disimpan di dalam peti
Kalau ada silap dan salah
Jangan disimpan di dalam hati
Dari mana hendak ke mana
Tinggi rumput si dari padi
Hari mana bulan yang mana
Dapatlah kita berjumpa lagi
Hendak dulang diberi dulang
Dulang ada pahanya tidak
Hendak pulang marilah pulang
Pulang sahaja berhantar tidak.
Kalau ada sumur di ladang
Boleh kita menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Bolehlah kita berjumpa lagi.
Laju laju perahu laju
Laju sampai ke Surabaya
Biar lupa kain dan baju
Janganlah lupa kepada saya.
Friday, November 3, 2017
A short story is always about issues of society
that is usually important to mankind. There are so many problems around us that
can be written as a descriptive article or in creative genres. To make it a
short story a writer created a fictional story (or even a true story). A story has
characters and interactions of characters (mostly through conversations or
dialogues and monologues) . What happened to them and the sequence of events is
known as the plot
Recently I wrote a short story
to speak on environmental crisis. It was about the cry for a healthy ecosystem, the concern of my people over
the conservation of green forest and natural heritage. My country’s independence and transformation into an industrialised economy had resulted in denuded hill slopes, polluted
rivers and contaminated air especially in urbans centres. Water quality is
declining alarmingly owing to sewage, animal waste, siltation and even heavy
metal emanating from improper factory waste disposal.
I began the story with a
murder of a lumber tycoon, unfolded by his daughter, whom I named Dayang Suhana, The injustice and evil
deed of money the loggers was revealed through her nanny, a daughter of a headman who had risked his
life in the struggle to preserve their forest. The story had been submitted for a competition
and not allowed to be published in full before the result. Below is an excerpt
of the short story.
On weekends that I am not away on official duty, I will travel one hundred kilometres to be with nani. After three weeks of not seing her I received a message from nani asking if I could come to see her. When I arrived at her brother’s house, he told me nani is resting in her room. I walked to her room. From outside I could hear her coughing. She saw me and smiled “Come in little Ana” . I smiled the best that I could to conceal my surprise and sadness at seeing her in that condition. She signalled to me to close the door tight.
After hugging and kissing I pull a chair close to the bed. She soon get serious and to the business as to why she wanted to see me this weekend. “After a series of tests they confirm that I have tuberculosis” Nani said. “Tubercolusis? Don’t believe it . The country has been declared clear of the disease”. I said. “No it is back again. Several people had been attacked .Be careful dear, when you eat outside. Do chose your stall carefully. Many stalls are employing foreign helps who could cough deadly germs into your plates”.
. “Don’t worry Nani, this disease is treatable. Just take your medicines. Please nani don’t give up. Please cheer up. I won’t be happy if you are not happy”. I said as I stroke her hair and massaged her scalp carefully. I reached for a comb and combed her hair.
“Little Ana, please listen. Nani said seriously. “I am feeling too weak to go on. I am feeling weaker each day. You know that I used to live in the jungle. The forest was our live. One day a group of people came to see my father who was the headman. They showed papers that they had obtained permit from the government to cut down our trees. My father and his men drove them away. They told us to think about it as they would definitely come back.”. ,
Nani spoke weakly, “I could remember how our people gathered in my house that night. They swore to remain united to protect our home ground. They will fight anyone who come to cut their trees. Cut the tree over my dead body. I heard my uncle said. He was my father’s younger brother, and the deputy headman”.
“They came back the following week in ln larger numbers. One of them was a handsome young man who did most of the talking. He talked softly telling the people that they would be rich if they just allow some trees to be felled. My father would not give an inch. He was brave and strong because his men had sworn to stand firm by his side” .
“But he was wrong, soon there was a rift in the group. Some began to believe in what the man said. And that broke my father’s heart. He said he would fight even if he had to do it alone. My father refused to sign any papers and that gave much problem to the company who could not commence their operation without my father’s signature of approval. Then one day my father disappeared in the jungle. The tragedy for our family was a joy for the loggers. The next headman signed all the necessary papers and the disaster began. Immediately the logging company turned up with large bulldozers, lorries and excavators and began to cut down the forest. They had no respect for the villagers or the village council. They built bridges over the river and contaminated our source of drinking water” .
“At that time I already had four children aging from two to ten, only the eldest was a girl. One day my three boys were down with fever and diarrhoea. I learnt it was typhoid. There was an epidemic which had killed many and I lost all my boys in less than a month. I cried day and night. My spirit died with them and. I did not want to get back on my two feet again. My relatives and neighbours tried hard to console me. They made me think of my surviving ten year old daughter. She looked strong and and more beautiful each day”.
“So life had to go on with me, my husband and our beloved young girl. She gave me the reason to live until one evening she was missing. We searched everywhere. It was a horror to find her where she was, stiff and naked with legs in mud and blood. We immediately knew what had happened. What happened to her had happened to many girls in the forest. They were raped by the workers of the logging company. With her death, I lost all reason for living. I did not know and did not care about my husband. A few months later they brought the news that he was run over by a timber lorry. I had no more tears to cry and I did not know and did not care whether I was still breathing”.
Good sisters and brothers took care of me for nearly ten years to get me back to life and felt the breath of our polluted air. Since then I recalled what happened clearly. What happened to my children had happened to many children in other territories. Even what happened to my father had happened to other headmen of other tribes who refused to sign agreements with the logging companies. I could remember clearly the face of the gentleman who came to talk to my people. He was the devil that broke up many tribes into rivalling factions, so that the timber company could make money from our trees. He made way for all the greedy men to flock in to our forest that had once been our live. I have watched him with my cousin and we both hate him. We had watched and hated him from the very start . I have lost my children. So was my cousin. Together we sworn that we would kill the evil man if we have the chance to do so”.
“ I lived in bitterness until I took the job as your nani. I grew to love you and you brought joy back into my life. But I soon find out that the man and the poison of our life and the man I had sworn to kill was none other than your father. One day my cousin visited me in your house. He soon realized who your father was. My cousin knew that I did not have the courage and the heart to do commit a murder. He plotted the murder quietly. He came to the house several time until that horrible night.”
Nani had spoken more than enough. She broke into a terrible cough. I could not help her because I too was feeling sick and started to tremble.
Saturday, October 21, 2017
Sastera
Melayu Tradisional
Puisi Melayu Tradisional atau Puisi Warisan adalah satu cabang daripada Sastera Melayu
Tradisional. Cabang Sastera Melayu
Tradisional yang lain ialah:
- Sastera Istana
Sastera Istana adalah sastera yang bertulis dan
terbahagi kepada tiga jenis iaitu:
1-Sastera Sejarah misalnya Sejarah Melayu,
2- Sastera Undang-undang misalnya Undang-undang
Melaka.
3- Sastera Kitab misalnya hikayat-hikayat yang
mengandungi kisah disekitar kehidupan nabi-nabi seperti Hikayat Nur Muhammad
- Sastera Rakyat
Sastera rakyat tersebar di kalangan rakyat jelata
melalui tradisi lisan. Bahagian ini terdiri daripada
- Mitos: cerita-cerita yang dianggap mulia
berkenaan pembukaan sesebuah negara misalnya mitos pembukaan Melaka
- Legenda:
sesuatu cerita yang dianggap penting dan terkenal di sesuatu
masyarakat. Ia mengisahkan seseorang pahlawan atau tokoh yang dipercayai
hidup pada zaman dahulu.seperti Hang Tuah dan Mahsuri
- Cerita Asal Usul seperti asal usul,nama sebuah
negeri-atau nama tempat.
- Cerita Penglipur Lara seperti hikayat Malim
Deman
- Puisi Warisan
Jenis-jenis Puisi Warisan
Antara puisi warisan atau puisi tradisional ialah pantun, syair, gurindam,seloka,teka-teki,
nazam, bayt, kit’ah, masnawi dan ghazal, talibun, bahasa berirama, teromba,
peribahasa berangkap, mantera dan dikir. Puisi-puisi ini mempunyai struktur dan fungsi yang tertentu di dalam
kehidupan masyarakat.
Tidak semua puisi tradisional masih popular dan
dikenali pada hari ini. Secara kasar ada beberapa jenis puisi warisan yang
masih bernafas iaitu:
- pantun
- syair
- nazam
- gurindam
- seloka
- teromba
Pantun
Ciri utama Pantun ialah ia terdiri daripada
pembayang dan maksud dengan skima rima a b a
b. Ciri ini menyebabkan pantun mudah dikenali dan berbeza daripada
jenis-jenis puisi tradisional yang lain. Pantun, terutama pantun empat kerat
masih popular hingga ke hari ini Kita mendengar pantun setiap hari terutama
melalui lirik lagu. Lagu Melayu Asli Seri Mersing, Patah Hati, Gunung Banang,
Tudung Saji, Bunga Tanjung mempunyai
pantun yang indah sebagai senikatanya
Syair
Kata Syair
berasal daripada Bahasa Arab. Tetapi para pengkaji berpandangan bahawa dari
segi struktur, syair Melayu mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Syair adalah genre yang sangat popular pada
masa dahulu. Pada zaman yang lebih awal,
syair tersebar melalui tradisi lisan. Syair mula dicetak pada akhir kurun ke
19. Ada sekitar 300 judul syair yang telah dicetak termasuk Syair Dandan Setia, Syair Bidasari, Syair
Burung Pungguk, Syair Dagang, Syair Juragan Budiman, Syair Ken Tambuhan, Syair
Siti Zubaidah Perang Cina.
Nazam
Nazam juga berasal daripada kesusasteraan Arab.
Ianya terdiri dua baris dalam setiap rangkap dengan skima rima a-a, a-a;
a-b,a-b; atau a-a,b-b. Nazam mengandungi cerita atau pengajaran agama. Hamka
mengatakan nazam tidak jauh berbeza dengan syair dari segi strukturnya tetapi
ia lebih banyak membawa tema keagamaan.
Lagu nazam berbeza daripada lagu syair . Lagu nazam mempunyai tempo dan boleh diiringi
dengan muzik percussion atau ketukan
gendang dan rebana. Pada masa ini terdapat kumpulan-kumpulan rebana yang
bergerak di kampung-kampung. Sesetengah mereka menyanyikan lagu nazam. Nazam
boleh dinyanyikan secara beramai sedangkan syair disampaikan secara solo dan
memerlukan vokal yang baik.
Contoh Nazam yang terkenal ialah Nazam Siti Fatimah. Nazam ini sering dibaca atau dinyanyikan oleh
ibu-ibu semasa mendodoi anak untuk memberi nasihat dan menyuburkan rasa cinta
kepada Nabi dan ajaran yang dibawanya.
Gurindam
Pengkaji sastera tradisional berpendapat bahawa
gurindam tidak mempunyai bentuk atau skima rima yang tertentu atau tetap. Ia
tidak mudah dikenalpasti seperti pantun atau syair. Walaupun gurindam tidak
tertentu atau tidak tetap bentuknya tetapi dari segi bahasa dan isi terdapat
ciri-ciri khusus. Bahasa gurindam biasanya padat dan bernas. Isinya lebih
menekankan nasihat, moral, pengajaran atau kebenaran. Hal ini dipersetujui oleh
Sutan Takdir Alisjahbana dalam bukunya, Puisi
Lama (1971). Beliau menulis: “Gurindam ialah nasihat, pengajaran yang
mengandungi kebenaran”.
Gurindam dapat dilihat terbahagi kepada dua jenis,
iaitu ada yang terikat dan ada yang tidak terikat atau bebas. Gurindam
berbentuk terikat terdiri daripada dua baris dan berima aa. Kedudukan atau peranan
baris 1 itu sebagai isyarat dan baris 2 sebagai jawab. Ini dapat
diteliti dari gurindam yang ditulis oleh Raja Ali Haji. Gurindam Dua belas. Yang mudah dilagukan ialah gurindam dua baris
terikat yang mempunyai rima dan sukukata yang hampir tetap dalam sebaris.
Seloka
Zaaba dalam Pelita
Bahasa Melayu (1957) menulis, ”Gurindam dengan seloka itu boleh dikatakan
lebih kurang sama sahaja pada fahaman orang Melayu, iaitu sejenis syair melarat
yang tidak tentu skima rimanya. Perbezaan antara gurindam dan seloka dapat
dilihat pada isinya. Isi gurindam berunsur nasihat dan falsafah sementara
seloka mengemukakan gurauan, ejekan termasuk kritik sosial dalam sindiran yang
tajam
Contoh Seloka yang terkenal ialah Seloka Emak Si
Rendang dan Seloka Pak Kaduk yang penuh
sindiran tajam dan sehingga hari ini
digunakan untuk kiasan terhadap nasib bangsa yang menumpang di rumah sendiri.
Teromba
Teromba
ialah sejenis bahasa berirama yang isinya memuatkan hal hal yg berhubung
dengan undang-undang adat istiadat yg diamalkan oleh sesuatu
kelompak masyarakat . Puisi ini berbentuk bebas dan tidak tentu jumlah baris, ugkapan, rima dan jumlah sukukata dalam satu baris.
Di
dalam Teromba terdapat sisipan berbagai puisi yg lain
seperti pantun, gurindam dan peribahasa. Isinya terpakai hingga hari ini dalam adat pepatih sebagai peraturan yg telah
menjadi pedoman masyarakat. Teromba juga
dikenali sebagai Perbilangan Adat Pepatih.
PUISI
MELAYU WARISAN PADA MASA INI
Pada masa ini puisi Melayu tradisional atau puisi
warisan seperti pantun, syair, gurindam dan nazam masih dikarang dan dihasilkan
oleh segolongan penulis-penulis
kontemporari. Di antara mereka ialah, Ahmad Sarju, A Halim ‘R’
Khadijah Hashim, Hamdan Yahaya, Rahman Shaari, Azimin Daud , Siti Zaleha
M.Hashim. Media tempatan, iaitu majalah Dewan Sastera membuka ruang khas, “Ujana
Klasik” bagi menampung karya-karya yang
sedemikian.
MENGENAL PUISI
Puisi adalah satu cabang
daripada kesusasteraan. Dari segi istilahnya, perkataan kesusasteraan
bermaksud "kumpulan buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya.".
Pada umumnya perkataan kesusasteraan digunakan untuk merujuk kepada segala pengucapan yang indah-indah, sama ada
ia tertulis atau tidak. Melalui kesusasteraan, manusia menyampaikan buah
fikiran dan meluahkan perasaan dengan menggunakan bahasa. Keindahan bahasa dan ketinggian buah
fikiran mencerminkan ketinggian budaya sesuatu masyarakat.
Sastera atau hasil kesusasteraan wujud dalam
masyarakat melalui bentuk tulisan dan juga
dalam bentuk lisan.
Sastera
Tulisan: Hasil kesusasteraan yang didapati dalam bentuk
bertulis misalnya novel. cerpen atau puisi yang dibukukan atau yang diterbitkan
di akhbar dan majalah.
Sastera
Lisan: Kesusasteraan atau sastera lisan adalah sastera
yang disampaikan dan disebarkan
melalui pertuturan. Pada masa dahulu
sebelum adanya percetakan orang ramai akan berkumpul, biasanya pada waktu malam
untuk mendengar cerita dari seorang tukang cerita (yang dipanggil penglipur
lara), atau mendengar syair yang dibawakan oleh pembaca syair. Pada zaman ini kesusasteraan lisan atau
tradisi lisan masih wujud. Misalnya pantun masih dibaca di dalam majlis-majlis
dan dinyanyikan di dalam lagu-lagu
rakyat , lagu-lagu kanak-kanak, malah di dalam lagu-lagu popular.
Hasil kesusasteraan
terbahagi kepada dua bahagian iaitu
- Prosa
- Puisi
|
|
Perbezaan
Puisi dan Prosa:
Perbezaan paling ketara dan mudah dikenali ialah
Prosa ditulis berbaris-baris mengikut paragraph atau perenggan manakala Puisi
ditulis berangkap-rangkap. Biasanya Prosa mengandungi sesuatu kisah atau cerita
manakala Puisi tidak semestinya ada
cerita. Ia lebih kepada menyatakan
pemikiran dan perasaan tentang sesuatu aspek kehidupan.
Prosa merujuk kepada hasil kesusasteraan yang
ditulis dalam ayat-ayat yang menggunakan tatabahasa yang lazim digunapakai.
Pada umumnya, prosa dianggap satu bentuk
kesusasteraan yang lebih mudah difahami berbanding dengan puisi. Contoh bagi
kesusasteraan prosa ialah: cerpen dan novel.
Puisi merujuk
kepada hasil kesusasteraan yang ditulis dengan tidak menuruti tatabahasa. Ia
sebenarnya tidak terdiri daripada ayat-ayat yang lengkap, melainkan terdiri
daripada frasa-frasa yang disusun dalam bentuk rangkap. Pada lazimnya, puisi
merupakan bahasa yang berirama dan apabila dibaca pembaca akan merasa
rentaknya. Contoh bagi kesusasteraan puisi termasuklah Syair, Pantun, Gurindam,
Seloka, Mentera, Teromba, dan puisi
moden yang lebih dikenali sebagai Sajak.
Mengikut Zaaba, puisi ialah karangan berangkap yang dipakai untuk
melafazkan fikiran yang cantik dengan
bahasa yang indah. Dengan gambaran yang cantik, perkara yang disampaikan
menjadi bertambah menarik kepada orang yang mendengarnya
Zaaba seterusnya menjelaskan bahawa puisi ialah
karangan berangkap yang disusun dengan
bahagian yang berkerat-kerat dan di antara sekerat dengan sekerat itu biasanya
berjodoh dan bunyinya atau rentaknya atau isinya serta kebanyakannya memakai
timbangan dan sukatan yang tertentu, Oleh yang demikian, puisi merangkumi aspek susunan kata, rentak bunyi
dan isi.
Muhammad Haji Salleh mengatakan bahawa puisi adalah
ciptaan yang indah dari aspek bentuk dan isi. Ia adalah bentuk sastera yang kental dengan muzik bahasa serta
kebijaksanaan penyair dan tradisinya. Bagi Muhammad, puisi akan menjadikan
pembaca lebih bijaksana.
Di bawah ini adalah beberapa definisi atau
keterangan mengenai puisi yang sering menjadi rujukan:
- “The
best words in their best order (Perkataan terbaik dalam susunan terbaik)”.
-Samuel Taylor Coleridge
- "Puisi
adalah pernyataan perasaan yang imaginatif", -William Wordsworth.
- "Puisi
adalah satu persembahan dalam bentuk perkataan"-. Robert Frost:
- "Puisi adalah kritikan terhadap kehidupan
di bawah peraturan yang teguh, iaitu kebenaran puitis dan keindahan
puitis".- Mathew Arnold
- “Puisi membawa makna sebanyak mungkin dalam
kata-kata sedikit mungkin” Ralph
Waldo Emerson.
Ciri-ciri Puisi:
i) Menggunaan bahasa yang lebih
baik, ekspresif, kental, mengandungi nilai keindahan serta menimbulkan
rangsangan dan kesan kepada pengalaman dan perasaan
ii) Mempunyai bentuk tertentu,
berkerat-kerat atau berurutan dalam baris yang sejajar, sama ada berbentuk
konvensional/berpola (bagi puisi tradisional ) atau berbentuk bebas
iii) Ungkapan kata dan bahasa
dipengaruhi unsur muzik, lagu, intonasi, rentak, irama dan keharmonian bunyi.
iv) Baris, rima dan irama disusun
membentuk pola atau ikatan tertentu (bagi kebanyakan puisi tradisional yang
dipengaruhi jumlah baris, jumlah perkataan, perseimbangan bunyi dan
panjang-pendek perkataan.
v) Bagi puisi tradisional wujud
pembahagian unit dalam menyatakan idea, misalnya dua baris, serangkap atau
beberapa baris seuntai.
vi) Digunakan dalam kehidupan
seharian masyarakat untuk hiburan, keramaian, ritual, keagamaan, pengajaran dan
sebagainya. Berfungsi sebagai pancaran pemikiran masyarakat zamannya sama ada
zaman tradisional mahupun zaman kini.
vii) Bahasa yang padat dan kental
mengandungi unsur perlambangan, imajan, kiasan dan perbandingan untuk
menyatakan sesuatu dan melahirkan perasaan hati
Monday, October 16, 2017
We are not against the use of English. In fact we support the learning of all languages. But we are disappointed that BAHASA MELAYU, being treated as a second class language in the land of its own. In Malaysia there are more people who prefer to use English since it is often considered the language of the educated.
I have written a poem entittled SEORANG TUA BERNAMA BAHASA ( AN OLD MAN NAME LANGUAGE). The poem is recorded by our national radio, RADIO KLASIK and often broadcasted. Since then, I have received comments from listeners saying how they felt touched by the poem and my reading it with emotion. The poem was first included in my personal collection, SALASILAH, published by Dewan Bahasa dan Pustaka (Language and Literary Bureau) Kuala Lumpur, 2005. I thank Radio Klasik for helping to widen the spread of literary work, particularly poem, in Malaysia
Two comments read:
1) Salam Dr.. saya trharu sgt mndgr deklamasi sajak Dr ttg bahasa. Saya tak tau tajuknya, mungkin 'seorg tua brnama bahasa' di klasik nasional tadi. Saya jarang trharu dgn sajak2 yg lain, tapi dgn sajak ini, saya terpaksa park kereta di tepi jln dahulu utk menghayatinya.
2) Dpt menikmati kisah seorg tua bernama Bahasa. Terusik hati ku mendgrkn ceritanya tentang mimpi ngeri perihal kampung halamannya yg punah ranah dilanda bencana...menangis2 beliau mengingati watak2 dlm mimpinya yg cuba menjerit meminta tolong ...terharu rasa..krn saat membuka mulut tapi tiada bersuara !!!
THE FULL TEXT HERE.
Seorang Tua Bernama Bahasa
(Salasilah, 2005,dbp)
(Salasilah, 2005,dbp)
Di sudut sebuah kota ternama
di belakang sebuah menara
yang terkenal di dunia
ditinggalkan sedikit kawasan
kawasan belas ihsan.
di belakang sebuah menara
yang terkenal di dunia
ditinggalkan sedikit kawasan
kawasan belas ihsan.
Seluruh kota telah diberitahu
tentang wujudnya kawasan itu
bukti amat nyata
keprihatinan pemilik kota
menyediakan kawasan itu
khas untuk warga tua
yang tidak dipedulikan anak cucu.
tentang wujudnya kawasan itu
bukti amat nyata
keprihatinan pemilik kota
menyediakan kawasan itu
khas untuk warga tua
yang tidak dipedulikan anak cucu.
Antara yang terlantar di sana
adalah seorang tua bernama Bahasa
dia rajin bercerita kepada kawan-kawan sebaya
yang sama menumpang
menunggu hari petang.
adalah seorang tua bernama Bahasa
dia rajin bercerita kepada kawan-kawan sebaya
yang sama menumpang
menunggu hari petang.
Mengikut cerita orang tua
yang bernama Bahasa itu
dia punya ramai anak cucu
di seluruh alam Melayu
semasa muda dan gagah
dia menjaga mereka
memberi mereka ilmu
hingga menjadi bangsa
yang kuat dan berpadu
apakan daya mereka tidak menyayanginya
mereka menghantar dia ke situ
semakin pudar dan layu.
yang bernama Bahasa itu
dia punya ramai anak cucu
di seluruh alam Melayu
semasa muda dan gagah
dia menjaga mereka
memberi mereka ilmu
hingga menjadi bangsa
yang kuat dan berpadu
apakan daya mereka tidak menyayanginya
mereka menghantar dia ke situ
semakin pudar dan layu.
Pada suatu pagi
orang tua yang bernama Bahasa itu
menangis tersedu-sedu.
orang tua yang bernama Bahasa itu
menangis tersedu-sedu.
Kawan-kawan pun bertanya
dan dia bercerita
“Semalam aku bermimpi
terlalu dahsyat mimpi itu
aku bermimpi kampung halamanku
musnah dipukul ribut
aku melihat anak cucuku
terapung dan hanyut
mereka hanyut seperti kayu
yang tak kenal hujung pangkal
mereka hanyut seperti kayu
yang tak tahu usul asal
dibawa arus tak terkawal.
dan dia bercerita
“Semalam aku bermimpi
terlalu dahsyat mimpi itu
aku bermimpi kampung halamanku
musnah dipukul ribut
aku melihat anak cucuku
terapung dan hanyut
mereka hanyut seperti kayu
yang tak kenal hujung pangkal
mereka hanyut seperti kayu
yang tak tahu usul asal
dibawa arus tak terkawal.
Aku sedih melihat mereka cuba menjerit
meminta tolong tetapi apabila mulut dibuka
mereka telah kehilangan suara.
meminta tolong tetapi apabila mulut dibuka
mereka telah kehilangan suara.




