Sunday, May 17, 2020



Ke Makam Bonda

Kami mengunjungi pusara bonda,
Sunyi pagi disinari suria,
Wangi berseri puspa kemboja,
Menyambut kami mewakili bonda.

Tegak kami di makam sepi,
Lalang-lalang tinggi berdiri,
Dua nisan terkapar mati,
Hanya papan dimakan bumi.

Dalam kenangan kami melihat,
Mesra kasih bonda menatap,
Sedang lena dalam rahap,
Dua tangan kaku berdakap.

Bibir bonda bersih lesu,
Pernah dulu mengucupi dahiku,
Kini kurasakan kasihnya lagi,
Meski jauh dibatasi bumi.

 Nisan batu kami tegakkan,
Tiada lagi lalang memanjang,
Ada doa kami pohonkan,
Air mawar kami siramkan.

Senyum kemboja menghantar kami,
Meninggalkan makam sepi sendiri,
Damailah bonda dalam pengabdian,
Insan kerdil menghadap Tuhan.

Begitu bakti kami berikan,
Tiada sama bonda melahirkan,
Kasih bonda tiada sempadean,
Kemuncak murni kemuliaan insan.

              Pada pandangan saya inilah sajak Melayu yang pertama diterima dan diminati oleh masyarakat. Mereka yang berusia 60 atau 65 tahun ke atas tentu pernah  mendengar sajak ini dipersembahkan di radio dan di pentas. Biasanya ia dipersembahkan dalam bentuk yang dipanggil tablo atau pentomen. Dalam persembahan ini sajak akan dibaca atau dideklamasi oleh seorang deklamator manakala beberapa orang lagi akan melakonkan aksi seperti yang terdapat dalam sajak tersebut. Saya sendiri pernah mendengar sajak ini didendangkan dalam lagu Gurindam Bangsawan oleh Rohani B dalam satu acara puisi di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, dalam tahun 1980an.
            Mengatakan sajak ini adalah sajak pertama yang mendapat tempat di kalangan khalayak samalah maksudnya dengan mengatakan bahawa Usman adalah penyair pertama yang diterima masyarakat atau dengan kata lain, Usman adalah orang pertama mempopularkan bentuk sajak dalam kesusasteraan Melayu moden.
            Kekerapan sajak ini dan sajak-sajak Usman yang lain dipentaskan telah ditulis oleh Adibah Amin  “Usman’s poems were and are among the best-known and best loved works in modern Malay literature. In the 1950’s and early 1960’s especially they were  frequently read, recited, acted and broadcast” (Adibah Amin The New Straits Times. Selasa 6 Jun 1976). 
            Ini juga membawa Usman Awang menduduki tempat yang unik sebagai Penyair yang telah mencapai tahap kemasyhuran dan kepopularaan sehingga menjadi satu  institusi  di Malaysia (Ismail Hussein, 1972). Istilah popular digunakan dengan erti dikenali dan digemari ramai. Kedudukan Usman sebagai sasterawan yang popular dan masyhur boleh diukur dari tulisan tulisan.mengenainya yang tersiar di akhbar dan majalah terutama pada tahun-tahun enam puluhan dan tujuh puluhan . Walaupun tulisan itu merupakan tulisan-tulisan di akhbar dan bukan kajian ilmiah tetapi relevan untuk memberi gambaran umum  terhadap kedudukan Usman.
            Aspek popular inilah juga yang telah ditekan oleh Adibah Amin ketika menulis mengenai enam orang sasterawan, termasuk Usman Awang yang menerima Hadiah Pejuang Sastera  dalam tahun 1976. Adibah menganggap Usman  sebagai “the best loved” atau penyair yang disayangi dan diminati ramai. (New Straits Times. 6 Jun 1976).
            Seorang lagi kolumnis sastera pada tahun-tahun 1970an ialah Cheah Boon Keng.  Beliau   juga mendapati bahawa hal paling menarik mengenai Usman ialah kenyataan bahawa dia adalah penyair Malaysia yang paling dikenali dan mendapat penghargaan di luar negara. Hal ini terdapat di dalam tulisan Cheah Boon Kheng “International Recognition for Malaysia’s Best Known Poet”, Sunday Mail 26 Oktober 1969.
            Tidak dinafikan keadaan ini menimbulkan komen-komen yang sinis. Imej sebagai sasterawan yang popular ini menyebabkan Yahaya Ismail memanggilnya VIP dalam Sastera Melayu Yahaya Ismail menulis di dalam kertas kerjanya yang dibincangkan di Alor Setar sebagaimana yang dilaporkan oleh Mohd. Yusof Hassan, Mingguan Malaysia, 19 Mei 1974.
Kesuburan dan ketahanan Usman juga menjadi tumpuan di dalam tulisan Ismail Hussein ketika menulis kata pengantar bagi antologi pertama Usman, Gelombang (O.U.P Kuala Lumpur 1961) Ismail Hussein menganggap Usman sebagai lambang ASAS 50 yang lahir bersama sama dengan lahirnya badan kesusasteraan itu dan menjadi pendokongnya yang paling terkemuka. Mengikut Ismail Hussein aspek yang penting dan menarik tentang Usman ialah dia bukan sahaja diterima oleh pembaca Melayu tetapi membina khalayaknya di kalangan masyarakat Tionghua.  Ini dapat dibuktikan dengan melihat betapa banyak  sekali jumlah sajak, cerpen  dan dramanya yang diterjemahkan ke Bahasa itu.  Ismail Hussein juga  melihat yang Usman mempunyai kesuburan yang tidak pernah pudar, dan ini baginya satu hal yang agak menghairankan apabila di dalam tahun-tahun itu seorang demi seorang teman-teman seangkatannya lenyap daripada gelanggang kesusasteraan Melayu baharu (Ismail Hussein. Kata pengantar kepada  antologi Gelombang. Hal vii).

            Usman bukan sahaja berjaya mencapai kemasyhuran nama di negaranya, malah kewujudannya mendapat perhatian juga di luar negara. Bambang Soebendo dari Indonesia menganggap Usman sebagai perintis sastera Melayu moden (Bambang Soebando. “Usman Awang Perintis Sastera Malaysia Moden. Harian Sinar Harapan. 29 Mac 1975.  Ini adalah kali pertama seorang penulis Malaysia diberi fokus di akhbar Indonesia itu. Selain itu  seorang sarjana sastera dari Russia, Boris Parnickel memberitahu Shahnon Ahmad dia sangat tertarik dengan novel Tulang2 Berserakan dan sedang menterjemahkannya ke Bahasa Russia semasa Shahnon menemuinya sebagaimana tulisan  Shahnon Ahmad menulis tentang lawatannya ke Russia di Berita Minggu, 28 Oktober 1973.

            Setelah berjaya mengumpul peminat yang ramai, Usman tidak mengalami kesukaran untuk mendapat dana atau bantuan bagi menjayakan pementasan drama Uda dan Dara.  Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan bersedia menyumbang bantuan sebanyak 10 ribu ketika drama itu dipentaskan di Panggung Experimen Universiti Malaya pada bulan Disember 1972. Ini adalah jumlah yang dianggap lumayan pada ketika itu dan sukar diperolehi oleh pihak lain. Berita Harian menganggap sumbangan 10 ribu dari KKBS sebagai memulakan satu usaha besar.
(Berita Harian 4 Nov. 1972).
            Penerimaan baik dari masyarakat inilah yang memberanikan pihak Oxford Universiti Press menerbitkan kumpulan perseorangannya, Gelombang, dalam tahun 1961. Menerbitkan sebuah kumpulan perseorangan bukanlah sesuatu yang mudah pada masa itu dan hingga beberapa tahun kemudian. Dalam satu temubual dengan Oxford Universiti Press di pejabat penerbitan itu di seksyen 13 Petaling Jaya pada 27 Januari 1977,  beliau memberitahu bahawa Gelombang telah dicetak sebanyak satu ribu naskah dan telah habis dijual.  Beliau berterus terang menyatakan bahawa pihaknya lebih berminat untuk menerbitkan buku-buku pelajaran daripada buku-buku sastera kreatif kerana pasarannya lebih terjamin. Kedinginan sikap penerbit diperkatakan oleh pengarang majalah Dewan Sastera.  

“Selama ini hanya boleh dihitung dengan jari sebelah tangan saja penyair-penyair yang puisi-puisinya diterima oleh penerbit untuk dibukukan. Sedangkan tahun-tahun kebelakangan ini kita melihat begitu ramai penyair yang berbakat dengan hasil puisinya yang telah dimuatkan di akhbar-akhbar dan majalah-majalah. Tetapi pasaran puisi lebih rendah daripada harga hampas kelapa, maka ia bertaburanlah di bawah-bawah tangga kehidupan”.  Dewan Sastera Mei 1971.

            Sungutan tentang kesukaran menerbitkan kumpulan sajak dan rasa tidak puas hati kerana kurang mendapat perhatian diperturunkan di atas bagi menunjukkan bahawa sajak sebagai satu pengucapan kesusasteraan belum digemari. Di dalam keadaan seperti ini adalah menarik untuk melihat bagaimana Usman Awang dapat menembusi tembok dan mencapai kemasyhuran.

            Usman dan karya karya beliau diangkat ke persada antarabangsa kerana beliau turut merakamkan peristiwa dan membela nilai kemanusiaan sejagat. Jasa, sumbangan fikiran dan keindahan bahasa beliau dihargai melalui beberapa Anugerah yang diterima dari dalam dan luar negara. Antaranya beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Persahabatan China-Malaysia 1991 menerima SEA Write Award 1982, Ijazah Doktor Kehormat Persuratan 11 ogos 1982, Anugerah Sastera Negara 1983, Zamalah Sastera Penulis Terkenal Veteran 1985, Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Dari Perak, Anugerah Penyair Johor 1995. Usman Awang diiktiraf di peringkat antarabangsa dengan begitu banyak karya-karya yang diterjemah ke bahasa lain. Antara lain, pada tahun 1988 dijemput melawat China dan berpeluang menyertai International Visitors Programme di Amerika Syarikat.
            Kertas ini menyorot kedudukan Usman Awang sejak zaman awal kedatangannya ke Singapura dan faktor-faktor intrinsik dan extrinsik yang membawa kepada kemunculannya  sebagai tokoh sastera yang terpenting. 

            Faktor Extrinsik (Faktor Luaran)
            Usman Awang bukanlah penulis pertama di Malaysia yang menulis dalam bentuk sajak, tetapi adalah penyair pertama yang mendapat sambutan yang meluas. Sajak telah tersiar sejak 1934 dan   Muhammad Yassin Makmur atau Pungguk umumnya diterima sebagai pelupor sajak moden di Malaysia sementara Usman hanya mula menulis dalam tahun 1948.  Sajak atau puisi moden diulas oleh Ali Ahmad  sebagai “telah menyimpang daripada puisi Melayu yang lama dalam berbagai-bagai aspeknya, sama ada bentuk, semangat, pemandangan suasana atau lainnya. (Ali Ahmad, Puisi Melayu (Zaman Permulaan) Dewan Bahasa dan Pustaka, 1965, hal xiii)
            Hal in ditambah oleh Ismail Ahmad yang menulis  “Dalam puisi itu mulai lahir fikiran yang individual terhadap masyarakat, politik, ekonomi dan sosial secara luasnya” (Ismail Ahmad, “Perlambangan di dalam sajak-sajak zaman permulaan: Di Sekitar Pemikiran Kesusasteraan Malaysia 1957-1972. Dlm Anwar Ridhwan, Dbp 1976 Hal.64),

            Di peringkat awal adalah sukar untuk menengahkan bentuk ini, dan penulis-penulis yang mendahului Usman tidak berpeluang meningkat ketahap kemasyhuran seperti beliau. Selepas tahun 1938 bila Muhammad Yassin Makmur menamatkan perkhidmatannya dengan Majalah Guru, majalah itu tidak lagi memainkan peranan penting dalam menyiarkan sajak-sajak. Mengikut Ali Ahmad terdapat penekanan ke atas puisi baru dan majalah Guru kembali menyiarkan puisi jenis lama yang amat dangkal dan tidak bermutu dari segi seni puisinya. (Ali Haji Ahmad xvii.) Bentuk  baru itu belum diterima oleh masyarakat kerana ia dianggap menyimpang dari bentuk tradisional yang telah sebati dengan jiwa masyarakat Melayu sejak berkurun-kurun lamanya.
            Peringkat seterusnya ialah zaman pemerintahan Jepun 1941-1945. Zaman ini juga tidak memberi peluang yang baik untuk pertumbuhan sajak-sajak Melayu. Apabila Jepun memerintah terdapat sekatan terhadap penyiaran karya-karya sastera seperti yang ditulis oleh Ali bin Haji Ahmad; “Serba serbi tersekat dan terkongkong oleh keadaan masa perang dan oleh kekuasaan fasis Jepun. Kebebasan mengeluarkan perasaan dan fikiran boleh dikatakan tiada sama sekali. Segala sesuatu yang dikeluarkan mestilah sealiran dan sesuai dengan kehendak-kehendak Jepun” (Ali Ahmad Perintis Sajak-sajak Melayu, Penerbit Fajar Bakti hlmn viii). Sajak-sajak juga tidak dapat disiarkan dengan bebas melainkan sajak-sajak yang dianggap mengandungi propaganda pro-Jepun ataupun yang meluahkan perasaan permusuhan terhadap British seperti yang terdapat dalam sajak di bawah

Hiduplah Malai Baru
Asap yang gelap di udara
Berubah menjadi terang cuaca
Menandakan Malai tumbuh bahagia
Tersebabkan terlepas dari bahaya.

(oleh Tanpanama)


            Penulis2 sajak zaman Jepun termasuklah Ibrahim Ali, Rashid Taha, Sharif Sukar dan Masuri SN. Penyiaran sajak dimulakan di Berita Malai pada  9 Ogos 1944 (Rosmera dalam Anwar Ridhwan 1976 hal 73). Di antara mereka hanya Masuri SN yang menulis secara konsisten sepanjang hayatnya.
            Walau bagaimanapun,  Pendudukan  Jepun telah mempengaruhi pemikiran dan kesusasteraan. Zaman ini menumbuhkan sikap anti British dan menyalakan semangat patriotisma di kalangan rakyat. Penentangan terhadap Malayan Union telah menyemarakkan semangat rakyat untuk membangun negara dan bahasa Melayu. Para cerdik pandai dan masyarakat umumnya memberi  perhatian kepada bahasa dan sastera sebagai saluran untuk menyatakan hasrat membebaskan diri daripada British dan segala rupa penjajahan.
            Penaklukan Jepun yang menyekat perkembangan kesusasteraan dengan pelbagai tapisan itu penting pula dari segi lain. Ia telah menjadi peristiwa sejarah yang melahirkan transisi sikap dan kelakuan di kalangan masyarakat tempatan.. Di samping kesan-kesan yang serta merta terjadi pula ekoran-ekoran penting dalam perkembangan ekonomi, sosial dan kebudayaan rakyat Malaya.  Pertembungan dengan kebudayaan dan pemikiran Jepun mempunyai implikasi terhadap pemikiran dan sikap pemimpin-pemimpin kebangsaan dan rakyat seluruhnya. Ini mempengaruhi terutamanya soal-soal politik penjajahan, nasionalisma dan semangat ke Nusantaraan.
            Pergolakan politik ini mempengaruhi pula kesusasteraan., Pada waktu ini tumpuan yang lebih diberikan kepada bahasa dan sastera. Selepas tahun 1948 terdapat  beberapa cerdik-pandai telah beralih kepada bidang kesusasteraan. Ini semua bermakna suasana sangatlah menggalakkan bagi perkembangan kesusasteraan. Undang2 Darurat yang diistiharkan pada bulan Jun 1948 mengakibatkan tokoh2 politik seperti Ishak Haji Muhammad, Ahmad Boestamam, Dr.Burhanuddin  yang dulu aktif dalam politik mengalihkan perjuangan ke jurusan penulisan (Syed Husin Ali, “Pertubuhan-pertubuhan bahasa dan sastera Melayu di Singapura selepas perang dunia kedua-khususnya Asas 50. (Latihan Ilmiah Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya 1950).
            Singapura muncul sebagai pusat penerbitan dan pusat pertembungan ilmu. Diantara 1945 hingga 1958 terdapat 14 buah syarikat- syarikat penerbitan termasuklah akhbar  seperti Utusan Melayu dan Mingguan Melayu. .Ramai anak muda yang merantau ke sana untuk mencari pekerjaan terutama mereka yang berkecenderungan di dalam lapangan  penulisan dan penerbitan. Di antara mereka termasuklah Usman Awang.. 
            Penyertaaan Usman ke dalam Asas 50 memberikan media terpenting dan berpengaruh. Asas 50 menduduki  tempat yang paling penting dalam sejarah perkembangan bahasa dan kesusasteraan Melayu. Seperti kata Syed Husain Ali,
“ kepada Asas 50 telah diberikan oleh sejarah kesempatan yang tidak diberikan kepada badan-badan lain dan angkatan-angkatan yang terdahulu daripadanya dan kesempatan itu telah digunakan dengan sebaik-baiknya oleh Asas 50”.  Pemimpin Asas menjadi orang-orang yang disanjung oleh masyarakat.
            Zaman lima puluhan adalah tahun2 yang padat dengan perjuangan. Masyarakat  menjadi emosional dan gemarkan slogan-slogan perjuangan. Memetik pendapat Ismail Hussein “tahun-tahun lima-puluhan merupakan kemuncak perkembangan dan perjuangan nasionalisma Melayu. Di dalam zaman yang politikal seperti ini masyarakat amat emosional dan terpengaruh oleh slogan-slogan. Dan kaum sasterawan yang berkecimpungan di dalam pergolakan zaman seperti itu juga tidak dapat lari daripada hakikat ini. (Ismail Hussein Sastera dan Masyarakat, Pustaka Zakry Abadi. KL 1974. Hal 11).
            Usman Awang  menulis sajak-sajak perjuangan di samping sajak-sajak kasih sayang dan romantis. Sajak-sajak seperti Jiwa Hamba, Langit Tinggi, Aliran Hidup, Aku Sedar, Pesanku, Sinar Pagi, Tanah Air, Isi Tak Berganti , Pahlawan Tanah Air.dan banyak lagi mudah menyentuh perasaan rakyat yang sedang bersemangat patriotis.

Faktor Intrinsik: Unsur Tradisi Dalam Puisi Usman Awang.

Di samping suasana di sekelilingnya yang merupakan faktor-faktor ekstrinsik terdapat juga faktor instrinsik iaitu sifat-sifat dalaman sajak-sajak itu sendiri. Puisi Usman mudah mendapat tempat di hati  masyarakat kerana:
·         Kebiasaan menulis dalam empat baris serangkap yang mirip pada bentuk pantun dan syair
·         Sering mementingkan rima pada sajak-sajaknya
·         Unsur bunyi seperti aliterasi dan asonansi.
·         Perlambangan yang tradisional dan mudah dimengertikan
·         Pemilihan kata-kata yang ringan dan biasa
·         Penceritaan yang banyak bertolak dari perlukisan alam semula jadi yang indah.

            Mengenai ciri-ciri kepantunan pada sajak-sajak Usman Awang telah banyak diperkatakan. Unsur-unsur puisi tradisional dan mudah menjadikan sajak-sajaknya  diminati.  Khalayak masih di tingkat pemahaman dan menolak sajak yang sukar difahami. Sebuah rencana Berita Minggu 21 Januari 1973 menulis tentang hal ini di bawah bertajuk ‘Sajak2 Usman Berkesan Sebab Mudah”

            Dengan kebiasaan kepada pantun dan syair, masyarakat jadi kurang tertarik pada sajak-sajak bebas yang tidak langsung mementingkan unsur-unsur bunyi. Rima yang terdapat pada sajak2 Usman itu menyebabkan sajak-sajaknya popular di majlis-majlis deklamasi , Seperti kata Adibah Amin yang dipetik di atas, pada tahun lima puluhan  sajak sajak yang sering dibaca ialah ke Makam Bonda, Bunga Popi.

            Ali Ahmad dalam  kertaskerja  Simposium Sajak 1967 menulis bahawa Usman terus mengekalkan harmoni pantun di dalam sajaknya. Bentuk tradisi adalah faktor yang mempopular sajak-sajak Usman, Sifat tradisional bukan saja pada bentuknya tetapi tema kemasyarakatan dan semangat perjuangan. Hal ini disokong oleh  Ismail Hussein yang menulis, “Jikalau sekiranya kita teliti kepopularaan Usman yang kini hampir menjadi sebagai satu institusi di Malaysia, maka ini adalah akibat daripada sikap tradisionalnya dan sikap stereotypenya, iaitu bertentangan dengan sikap individualistis penyair moden yang lain. Usman membangkitkan semula dialek Melayu lama, iaitu di dalam pengolahan kata-katanya dan melanjutkan sikap perjuangan yang kolektif dan stereotaip yang dengan sendirinya membangkitkan semula respon tradisional itu. Ismail Hussein “Pengkajian Akademik Kesusasteraan Malaysia dalam Seminar Kesusasteraan Nusantara anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dan Gapena,  April 1972.
            Kata Ismail Hussein lagi, jika seorang penyair ingin membentuk satu puisi rakyat di dalamnya satu masyarakat yang rata-ratanya masih konservatif dan terikat kepada tradisi maka a tidak ada jalan lain daripada menggunakan unsur-unsur tradisional yang mudah dimengerti. Penyair Usman memilih jalan ini. Dengan mengeksploitasikan unsur2 puisi-puisi dan bahasa Melayu lama, dengan menggunakan tema kerakyatan, dia melahirkan puisi-puisi yang menarik dan cepat berkesan.
            Contoh yang ingin dikemuka di sini ialah sajak Pak Utih

Punya satu isteri mahu dakap sampai mati,
Lima anak mahu makan setiap hari,
Teratak tua digayuti cerita pusaka,
Sebidang tanah tandus untuk huma.

Kulit tangan tegang belulang,
Biasa keluarkan peluh berapa saja,
O, pak Utih, petani yang berjasa.

Tapi malaria senang menjenguk mereka,
Meski dalam sembhayng doa berjuta,
Dan Mak utih biasa panggil dukun kampung,
Lalu jampi mantera serapah berulang-ulang.

Betapa Pak Dukun dan bekalan pulang,
Wang dan ayam dari diikat bersilang.

        ii

Di kota pemimpin berteriak-teriak
Pilihan raya dan kemerdekaan rakyat,
Seribu kemakmuran dalam Negara berdaulat,
Jambatan mas kemakmuran sampai ke akhirat.

Ketika kemenangan bersinar gemilang,
Pemimpin atas mobil maju ke depan, dadanya terbuka,
Ah, rakyat tercinta melambaikan tangaan mereka.

Di mana-mana jamuan dan pesta makan,
Ayam panggang yang enak di dewpan,
Datang dari desa yang dijanjikan kemakmuran.

Pak Utih masih menanti dengan doa,
Bapak-bapak pergi ke mana di mobil besar?



            Usman sebenarnya mengaku bahawa dia berusaha secara sedar untuk mendekatkan sajak-sajaknya kepada masyarakat. Beliau bukan sahaja menggunakan unsur-unsur puisi tradisional malah turut  mengajukan ciri- ciri ini sebagai satu cara pengucapan sajak.  Beliau pernah menulis “Kita harus insaf bahawa sajak bukan cerpen bukan novel yang mempunyai banyak peluang dan kesempatan baik dalam penerbitan mahupun dalam sambutan masyarakat. Dunia moden sekarang dikuasai pedagangan dan pasaran tiap pihak harus berjuang merebut tempat dalam kehidupan manusia dan demikianlah sajak harus kita perjuangkan untuk memperoleh tempat di kalangan masyarakat.
            Dengan tujuan yang sama UA meneruskan penglibatannya di dalam majlis-majlis pembacaan puisi dan sebagainya untuk mencari pelbagai cara mendekatkan sajak kepada masyarakat.  
            Pengiktirafan antarabangsa memberikan peluang kepada Usman mengunjungi negara-negara luar termasuk China, Russia, Jepun, Korea dan Amerika Syarikat. Usman diundang oleh Persatuan Penulis Rusia untuk menghadiri sebuah Pertemuan Penulis Antarabangsa di Moscow di mana Usman bertemu dengan beberapa orang sarjana sastera Nusantara seperti Parnikel, Pogadaev dan Sikorsky. Usman diundang  membaca sajak `Suara dari Pusara’ di Institut Kesusasteraan Dunia dan mendapat pengiktirafan oleh khalayak di situ.   
            Usman juga sudah lama popular di antara penduduk keturunan Cina Malaysia. Oleh kerana sifat terbukanya,  Usman telah dipilih sebagai President Persatuan Persahabatan Malaysia-China, dan telah beberapa kali ke negeri China untuk  mengadakan perbincangan termasuk mengusahakan penerbitan karya dan terjemahan. Sewaktu Presiden China Jiang Zhemin berkunjung ke Malaysia Usman telah dijemput untuk bertemu dengannya.
            Usman turut memperjuangkan hak kemanusiaan untuk  Palestin. Beliau bergaul rapat dengan  wakil Palestin di Malaysia serta mengadakan pertemuan dan ceramah supaya wakil Palestin ini dapat menerangkan situasi dan dilema mereka.. Sebagai mengiktiraf sumbangnanya Usman pernah diterbangkan ke Algeria untuk  sidang Parlimen Pertama Palestin, dan pada hari pertamanya  membaca sajak `Salam Benua,’ yang dipuji oleh Arafat sendiri, kerana sentimen negara dan penentangan terhadap perampasan tanah mereka  (Muhammad Haji Salleh.Seorang Penyair Sebuah Benua Rusuh  2017)
            Selain itu Usman pernah menghadiri Seminar Kesusasteraan Malaysia di School of Oriental and African Studies, 1992. Beliau membaca puisi di Malaysia Hall dan South Bank.dan dramanya `Matinya Seorang Pahlawan’ juga  dipentaskan . Selain itu karya-karyanya turut diterjemahkan dan dipelajari di Korea Selatan, Belanda, Peranchis, Italy dan Czekoslovakia. Hal ini menyentuh perasaan penyair-penyair lain seperti Lim Swee Tin yang  menulis sajak  Penyair di Sepanjang Zaman, 1995.

Telah lebih empat dasawarsa kini
Kau titiskan tinta emasmu
Untuk seni atas nama kebenaran sejata
Kau dikenali bukan Cuma di rumah sendiri
Di seberang benua turut namamu merata
Pelbagai Bahasa kini memindah percik renungmu
Di Korea Selatan terhimpun suara bicara
Selain Russia Italy Danish Peranchis Czekoslovakia
Turut merenung Mutiara kata
Sama mendengar bening suara

Lim Swee Tin

Kesimpulan
Demikianlah kedudukan Usman Awang sebagai penyair yang telah diterima oleh masyarakat. Kejayaannya ialah kejayaan berkomunikasi dengan masyarakat tempatan dan dunia luar dalam bentuk pengucapan yang diterima dan difahami mereka. Dia telah muncul sebagai penyata masalah kehidupan dan impian masyarakat Melayu terutama pada tahun lima puluhan yang sedang mencari kekuatan dan identiti bangsa. Pandangannya sederhana selaras dengan peribadinya yang sederhana. Dia bukan ahli sosiologi yang dapat menganalisa masalah2 sosial dan bukan ahli falsafah yang memberikan pemikiran yang mendalam tentang kehidupan malah dalam kelembutannya dia tidak menyeru kepada rakyat  dengan kepercayaan kepada keupayaan manusia untuk memperbaiki taraf kehidpan sendiri dan kewujudan kuasa yang adil sebagai penyelesai yang muktamad. Dia juga cuba memberi harapan dan identity  kepada rakyat jelata dengan menunjukkan kepada kemurniaan nilai-nilai hidup iaitu budi bahasa dan kasih sayang yang ada di antara mereka dan hampir lenyap dari kalangan orang atasan. Pandangan-pandangan yang sederhana inilah yang telah memberi kekayaan kepada kesusasteraan dan Bahasa Melayu sehingga mencapai tarafnya hari ini. Tulisan-tulisan inilah yang dalam banyak hal menghidupkan jiwa rakyat dari rasa terbelenggu  sebagai persediaan untuk kehidupan dalam sebuah negara demokrasi baru.

Rujukan:
1.    Ali Ahmad,1965  Puisi Melayu (Zaman Permulaan) Dewan Bahasa dan Pustaka,
2.    Anwar Ridhwan (peny) 1976. Di Sekitar Pemikiran Kesusasteraan Malaysia 1957-1972, Dewan Bahasa dan Pustaka,
3.    Bambang Soebando. “Usman Awang Perintis Sastera Malaysia Moden.  Sinar Harapan. 29 Mac 1975. 
4.    Ismail Hussein “Pengkajian Akademik Kesusasteraan Malaysia dalam Seminar Kesusasteraan Nusantara anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka dan Gapena,  April 1972.
5.    (Ismail Hussein Sastera dan Masyarakat, Pustaka Zakry Abadi. KL 1974. Hal 11).
6.    Muhammad Haji Salleh.2017. Seorang Penyair Sebuah Benua Rusuh , Kuala Lumpur. Gerakbudaya.
7.    Usman Awang, Gelombang, 1961, Kuala Lumpur. Oxford Universiti Press.
8.     Zurinah Hassan, Sasterawan Negara Usman Awang edisi kedua, Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka 2006.





Tuesday, May 12, 2020


BIODATA ZURINAH HASSAN


ZURINAH HASSAN dilahirkan di tengah bandar iaitu Alor Setar tetapi dibesarkan di dalam kampung terpencil bernama Tikam Batu, Kedah. Beliau yang dilahirkan pada 13 Jun 1949 dipelihara oleh ibu saudara dan neneknya kerana ayahnya meninggal dunia ketika beliau berumur enam bulan dan ibunya meneruskan kerjaya sebagai seorang jururawat.
Zurinah mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu Tikam Batu, kemudian memasuki Sekolah Inggeris Sungai Layar melalui Special Malay Class. Di peringkat menengah Zurinah bersekolah di Sekolah Convent Sungai Petani dan kemudian berpindah ke Sekolah Sultanah Asma Alor Setar. Pada tahun 1971 beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang dan memperolehi ijazah Sarjana Muda Sastera pada tahun 1974.
Sebagai anak gadis Melayu yang dibesarkan di kampung, Zurinah merasa kurang  beruntung kerana tidak berpeluang bergerak aktif di luar rumah.  Dia juga merasa cemburu kepada orang-orang yang tinggal di bandar yang mempunyai bekalan elektrik terutama untuk membaca . Lalu apa yang dapat dibuat ialah mengisi waktunya dengan mendengar radio. Dari radio beliau mendengar lagu-lagu yang pada masa itu biasanya mempunyai senikata yang indah penuh bermakna. Dari senikata lagu beliau belajar untuk berseni dengan kata-kata. Beliau mengenali pantun  dari lagu Melayu Asli seperti Siti Payung, Mas Merah, Gunung Banang, Seri Mersing, Bunga Tanjung dan sebagainya. Selain pantun, Zurinah mula menggemari syair yang didengar melalui rancangan Bangsawan Di Udara yang disiarkan dari Radio Malaya yang bersiaran dari Singapura.
Radio jugalah yang membuka ruang pertama untuk menghantar karya. Pada tahun 60han itu terdapat Rancangan radio yang bernama Taman Kanak-kanak . Rancangan ini mengajak murid-murid sekolah untuk menghantar karya yang berupa puisi dan cerita-cerita. Puisi-puisi karangannya mula mendapat tempat di rancangan tersebut. Selepas radio Zurinah menghantar sajak-sajak ke Ruangan Pelajar Berita Harian.  Mulai tahun 1967 karya Zurinah mula disiarkan di akhbar-akhbar mingguan dan majalah bulanan seperti Utusan Zaman, Mingguan Malaysia, Berita Minggu, Dewan Masyarakat, Mastika dan sebagainya.
Apabila Zurinah memulakan pengajiannya di Universiti Pulau Pinang (sekarang Universiti Sains Malaysia),  beliau bertemu Naib Canselor yang prihatin iaitu Allahyarham Hamzah Sendut  dan Shahnon Ahmad yang berusaha membukukan sajak-sajak beliau. Pada tahun 1974 terbitlah  kumpulan sajak Sesayup Jalan. Yang melakar sejarah sebagai  kumpulan puisi wanita yang pertama.
Zurinah melanjutkan pengajian pasca ijazah tetapi gagal. Setelah impian untuk menjadi Pensyarah tidak kesampaian, Zurinah membuka lembaran baru sebagai Pegawai Kerajaan. Zurinah berkhidmat selama 15 tahun sebagai Pegawai Penerangan di Jabatan Perkhidmatan Penerangan Malaysia. Beliau bekerja sambil memilih untuk bersara bagi menumpukan masa di bidang penulisan. Sehingga itu beliau telah menerbitkan beberapa buah kumpulan puisi dan cerpen. Setelah bersara Zurinah menyambung semula kerja yang terbengkalai iaitu melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana di Universiti Putra Malaysia dan ijazah kedoktoran di Universiti Malaya. PSajak telah banyak tersiar pen Dari sinilah saya terutama lagu-lagu Melayu Asli yang menggunakan diialah Sasterawan Negara Malaysia yang ke 13 dan sasterawan wanita pertama yang dianugerahi gelaran tersebut.  Selain itu beliau menerima Hadiah Penulisan Asia Tenggara (SEA Write Award ) pada 2004 dan Hadiah Puisi Sunthorn Phu (Hadiah Puisi Negara ASEAN) pada 2013. Selain menulis, Zurinah giat dalam aktiviti membaca syair dan pernah mempersembahkan syair di India, Jepun, Thailand, Indonesia dan Brunei.
Zurinah menulis dalam pelbagai genre dan hingga kini menghasilkan kumpulan puisi, kumpulan cerpen, novel, kajian sastera dan memoir. Walaupun lebih dikenali sebagai Penyair, Zurinah juga pernah memenangi Hadiah Sastera Perdana, Hadiah Sastera Utusan, Hadiah Buku Perpustakaan Negara untuk cerpen dan memoir.  Karyanya telah diterjemahkan ke beberapa bahasa, misalnya bukunya Menghadap ke Pelabuhan telah terbit dengan terjemahan Bahasa Inggeris, Bahasa Spanish, Bahasa Russia dan Peranchis. 
Beliau pernah berkhidmat sebagai Pegawai Kanan Penerangan, menjadi tenaga Pengajar di Universiti Malaya dan Universiti Sains Malaysia selain Karyawan Tamu di Universiti Kebangsaan Malaysia.
Zurinah memperolehi ijazah Sarjana dari UPM dan Ph.D dari Universiti Malaya. Beliau dianugerahi Bintang Kebesaran Darjah Setia Diraja Kedah pada 2013 membawa gelaran Dato’.
Pengalaman Menulis:
Zurinah mula menulis sejak kecil. Penulisannya boleh dibahagikan kepada dua peringkat. Peringkat pertama bermula sejak masih di bangku sekolah rendah lagi.  dengan mengirim  pantun dan sajak ke rancangan Taman Kanak-kanak Radio Malaya terbitan Siti Hawa Zain. Dari sini beliau beralih ke ruangan Pelajar Berita Harian yang terbit setiap hari Rabu dan menyediakan ruangan untuk pelajar dari seluruh negara menghantar karya termasuk ruangan khas sajak-sajak pelajar.  Zurinah menjadi penyumbang tetap  Ruangan ini.
Peringkat kedua bermula pada tahun 1967 bila Zurinah tidak lagi berkarya di ruangan khas untuk kanak-kanak dan pelajar. Beliau mula berusaha gigih untuk menyiarkan karya di ruangan untuk penyair-penyair dewasa. Pada awal tahun 1967 sajak pertama (untuk ruangan peringkat dewasa) tersiar di akhbar Warta Mingguan bertajuk Tujuh Gunung Tidak Terdaki diikuti seminggu kemudian dengan sajak “perutusan’ di akhbar Utusan Zaman. Sejak itu Zurinah terus aktif berkarya dan menyiarkan puisi di akhbar-akhbar mingguan seperti Utusan Zaman, Berita Minggu dan Mingguan Malaysia di samping majalah bulanan terutama Mastika Dewan Masyarakat, Dewan Sastera. Cerpen pertama lahir pada tahun 1972.
Pada tahun 1971, Zurinah memulakan pengajian di Universiti Sains Malaysia (yang ketika itu dikenali sebagai Universiti Pulau Pinang).   Tulisan2 beliau  menarik perhatian Naib Cnselor Tan Sri Hamzah Sendut lalu menyarankan sajak-sajak beliau diterbitkan oleh USM Press.  Hasil dari itu  terbitlah  kumpulan puisi beliau yang pertama, iaitu Sesayup Jalan. Penerbitan ini adalah satu sejarah di dalam perkembangan kesusasteraan Melayu moden kerana buku tersebut merupakan antologi sajak penyair wanita yang pertama di Malaysia. Walaupun sebelum ini nama-nama penyair Salmi Manja dan Anis Sabirin telah muncul terlebih dahulu mereka hanya berpeluang membukukan puisi dalam antologi bersama penyair-penyair lain.
   

Sasterawan Negara Muhammad Haji Salleh , di dalam bukunya, An Anthology of Contemporary Malaysia Literature, dbp. 1988 : 362, .  “the really vocal and individual woman poet is a rare person.  Her poems not only show that she is a different woman from other woman writers but also a person who finds in poetry the opportunity to speak out her innermost soul without the decorum of the past literary practices”
Mana Sikana meletakkan Zurinah Hassan sebagai di antara empat orang penyair yang terbaik di Malaysia di samping Muhammad Haji Salleh, Kemala dan Baha Zain Menurut Mana Sikana Muhammad Haji Salleh  adalah di antara penyair terbaik Malaysia. Ini diikuti         dengan Kemala, Baha Zain dan Zurinah Hassan. ZurinahHassan sebagai penyair terbaik, justeru di kalangan penyair wanita dialah yang paling terkemuka dan puisi-puisinya menjadi lambang kelembutan wanita Melayu.  Mana Sikana “Penyair-Penyair Terkemuka Malaysia: Analisis Puitika Tekstual, Perisa (Jurnal Puisi Melayu)  Bil. 3.1995:56)
Shafie Abu Bakar memberi pandangan bahawa Zurinah Hassan sesungguhnya mempunyai kedudukan yang kukuh di dalam perpuisian tanah air, bukan sahaja sebagai penyair wanita terbaik di dalam persajakan moden, tetapi salah seorang penyair terkemuka tanah air sebaris bersama Usman Awang, Kassim Ahmad, Latiff Mohidin, Muhammad Haji Salleh dan Kemala. (Shafie Abu Bakar, “Perjalanan Kualiti Persajakan Melayu dalam  Peradaban Melayu (1997:163-166)
Sasterawan Negara Usman Awang  menganggap Zurinah penyair wanita berbakat besar yang lahir selepas Anis Sabirin. ( Usman Awang, Ismail Ahmad Titian Zaman, Dewan Bahasa dan Pustaka: 97). Akhbar The Star, melaporkan: “Literary Laureate Usman Awang says “Zurinah has made a significant contribution to Malay literary development. She brings meaning to the Malay language, breathes life into her words. Her use of language is captivating, poetic and harmonious “.(The Star, 30 Jun 1988).

Sasterawan Negara Shahnon Ahmad berpendapat “Zurinah Hassan adalah penyair wanita yang besar bakatnya. Nada dan irama puisi-puisi Zurinah amat lembut dan manis terutama puisi puisi sepinya. Ini disebabkan pemilihan kata-katanya yang amat sesuai dengan gerakan sumber alam yang menjadi imej puisi-puisinya.  ( hahnon Ahmad “Sastera sebagai Seismograf Kehidupan”, Dewan Bahasa dan Pustaka 1993: 226).

Arbak Othman menegaskan bahawa kekuatan karya puisi ZH diukur berdasarkan dua faktor, iaitu nilai estetik yang tinggi dan kualiti yang mengangkat puisi-puisinya sebagai genre puitik yang meningkatkan kesan pada aras kesedaran pembaca. Puisi-puisi yang  beliau cipta berhasil mengekalkan kesatuan fikiran dalam sifatnya yang indah.  Idea-idea yang diungkapkan kelihatan tersusun, menyentuh perasaan dan logik.  Kata-kata dalam diksi dibentuk dalam susunan yang berseni.  Unsur rasa dan emosi paling kuat memberikan sifat kepada puisi yang dicipta.  Puisi dibentuk dengan menggunakan gaya yang tersendiri dengan kata-kata yang sesuai dan relevan dengan mesej yang disampaikan. Kebanyakan puisi beliau berhasil membentuk mesej yang berkesan.  Kata-kata yang digunakan menyentuh perasaan dan akal budi.(“Idealisma Budaya dan Jatidiri Bangsa yang Tercalar” kertaskerja Seminar Bersama Tokoh Penulis Tanah Air, Zurinah Hassan, UKM. 23 Nov.2011)

Rahman Shaari menulis untuk blurb buku Puisi Melayu Tradisional: Pantun, Syair, Gurindam, Nazam, Seloka , Pekan Ilmu Publication 2012 “ Zurinah Hassan ialah penyair Malaysia yang telah mencapai kecemerlangan. Beliau juga merupakan sarjana Kesusasteraan yang berwibawa.”

Kuali Hitam yang cemerlang
Sajak Kuali Hitam dianggap salah sebuah daripada beberapa sajak ZH yang cemerlang. Sajak ini telah dipilih untuk antologi “ASEAN 20th Century Literatures” yang merupakan satu Projek ASEAN COMMITTEE ON CULTURE AND INFORMATION (COCI), pada tahun 2013 . Sajak ini tebal dengan nilai moral. Zurinah Hassan sebagai penyair telah menghadiahkan sajak yang cukup baik untuk menjadi sempadan kepada penderhakaan.
Senarai Karya (Buku)
1.   Sesayup Jalan.  Minden:  Universiti Sains Malaysia Press, 1974. (kumpulan puisi)
2.   Di sini Tiada Perhentian.  Kuala Lumpur:  Penerbitan Pewarna, 1977. (kumpulan puisi)
3.   Keberangkatan.  Kuala Lumpur:  Dewan Bahasa dan Pustaka, 1985 (kumpulan puisi)
4.   Sasterawan Negara Usman Awang, Dewan Bahasa dan Pustaka 1986 (Kajian Sastera)
5.   Meneruskan Perjalanan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1989 (kumpulan cerpen)
6.   Hatimu Aishah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1991 (novel remaja)
7.   Nota Waktu, Kuala Lumpur, Citra Publishing,2000 (kumpulan puisi bersama Lim Swee Tin).
8.   Menjelang Pemilihan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2004 (antologi cerpen)
9.   Salasilah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 2005 (kumpulan puisi)
10.       Unsur  Alam  Dalam  Puisi  Melayu Moden.  Bangi: Penerbit Universiti       Kebangsaan Malaysia, 2010 (kajian sastera)
11.  Menghadap ke Pelabuhan/ Facing the Harbour, (kumpulan puisi  dengan terjemahan  Bahasa Inggeris), 2010. Kuala Lumpur. Institut Terjemahan Negara Malaysia
12.   Puisi Melayu Tradisional- Pantun, Syair, Gurindam, Seloka , 2012, Kuala Lumpur. Penerbit Pekan Ilmu .
13.    Menghadap ke Pelabuhan/Frente el Puerto 2012 Kuala Lumpur. Institut Terjemahan Negara Malaysia (kumpulan puisi dengan terjemahan  Bahasa Sepanyol)
14.                Menghadap ke Pelabuhan/(terjemahan B.Russia), ITBM 2013 Kuala Lumpur. Institut Terjemahan Negara Malaysia (kumpulan puisi dengan terjemahan  Bahasa Russia)
15.      Cerita Dalam Cerita,ITBM 2014 (Kumpulan Puisi)
16.          Menghadap ke Pelabuhan, (dan terjemahan ke Bahasa Jepun),  2016 ITBM Kuala Lumpur.
17.     Murka Lautan, Kuala Lumpur, 2016, ITBM (kumpulan cerpen)
18.   Mestika Pantun (buku panduan menulis pantun), 2018, Shah Alam, Kuali Hitam.
19.        A Journey Through Prose and Poetry, 2018 Kuala Lumpur, IIUM Press dan Dewan Bahasa dan Pustaka.

1993, short story  “Nenek” (Grandmother) in Antologi Cerpen Penulis Wanita Malaysia, Xiandai Publication, China, (translation into Mandarin)

2014, cerpen “Kerongsang Berlian Wan Tempawan” (Wan Tempawan Diamond Brooch) in  Antologi Cerpen: Malaysia-Taiwan, Malaysian Institute of Translations and Books  and  Taipei Chinese Centre Pen International (translation into Mandarin ).

2016 Poetry  “Puisi Cinta yang Lain” , Anthology  in conjunction with India-Malaysia Writers Meet, 2016 (translated into Tamil)





Friday, March 20, 2020

Pada pagi yang sungguh indah, 29.Oktober 2019, saya menerima watikah perlantikan sebagai Sasterawan Negara merangkap Professor Adjung di Universiti Malaysia Perlis. Watikah disampaikan oleh Tuanku Syed Faizuddin Putra, Raja Muda Perlis yang juga Canselor UniMap. 

Ampun Tuanku Raja Bestari
Raja Muda Pewaris Negeri
Di sudut ini patik berdiri
Alangkah kecil rasanya diri. 

Terima kasih Yang Berbahagia Naib Canselor Profesor Ir R.Badlishah Ahmad yang memungkinkan acara bersejarah ini berlangsung. Serentak dengan itu para seniman dari PERSATUAN PELUKIS PERLIS telah menyediakan lukisan-lukisan berdasarkan puisi-puisiku. Lukisan-lukisan itu diabadikan pada suatu sudut khas Sasterawan Di Universiti. Begitu tingginya penghargaan. Sesungguhnya ia adalah sesuatu yang yang tidak pernah aku mimpikan.

Sungguh cantik negeri Perlis
Bergelar negeri Indera Kayangan
Orangnya baik mulut pun manis
itu menjadi kenang-kenangan

















Wednesday, October 9, 2019


THIS ORATION, BRUTUS
Was Ceasar wrong in his judgment, Marcus Julius Brutus
But whatever your words about Caesar be
He was a just and loyal friend to me
You did see your defeat in the battle of Pharsalus
Did Caesar not forgive you then
And lifted you to the circle of respected statesman

When the politics in Caesar’s bones strengthen
And the power in his blood thicken
You joined them to dilute Caesar’s crown
Sending the hands that lifted you to the burial ground
Do you not hear their words, Brutus
You were never a great thinker
For trivial reason you detest Caesar.
You argued to be torn between the power of devotion
what is right for Rome and your conviction
your feeling for Caesar and his fatherly affection.
I shall sow the seed of confusion in my funeral oration
Your honesty and Cassius’s be doubted by every Roman
I shall stir their hearts with agitations
with rhetoric and questions 
you detested Caesar for having ambitions
So let me bend the feeling of our countryman
Towards the essence of my oration
And from the essence a fire will burn.  
 (II)
 Yes me too, Markus Antonius
Who spill the blood of noble Caesar
And you call me a  traitor
While my belief in truth
is tearing the character of my youth.
this is a cross road of doubts a terrible dilemma
it is not easy to be young and rebellious
in the waves of political surges. .
Forgive me Markus Antonius
I have to decide and choose my side.
_______________________________________
 RAIHANI MOHD SAAID
original tittle: Pidato Ini Brutus


Apakah Caesar telah silap menghakimimu, Marcus Junius Brutus?
Apa-apa pun yang kalian bicarakan tentang Caesar
dia sahabat yang setia dan adil bagiku
ketika kau kecundang dalam pertempuran Pharsalus
Caesar memaafkanmu
dan mengangkatmu ke dalam lingkaran negarawan terhormat.

Ketika tulang siasah Caesar makin mengejap
dan darah kuasanya makin belikat
kau berganding mencairkan mahkota Caesar
tangan yang mengangkatmu telah kau kirim ke pusara.
tidakkah kau dengar bicara mereka, Brutus
kau hanyalah pemikir kerdil
yang membenci Caesar atas alasan kecil.
Hujahmu, kau terjepit antara teguhnya sebuah kepercayaan
tentang apa-apa yang benar bagimu dan Romawi
dengan setia kasih kepada watak kebapaan Caesar.

Aku akan menanam benih ragu dalam pidato pemakaman ini
kejujuranmu dan Cassius akan dipersoal warga Romawi
akan kugugah nuraga mereka
dengan soalan dan retorik.
Kaumurka kerana Caesar terlalu bercita-cita
laluku bentur pucuk nubari warga
ke arah zat pidatoku
zat ini akan menjadi api.

(II)
Ya, aku juga Markus Antonius!
yang telah mengucurkan darah Caesar Agung.
kau akan memanggilku pengkhianat
sedang kepercayaanku kepada kebenaran
sering mengoyak watak muda.
ini persimpangan maha keliru, dilema maha dahsyat
sungguh sukar menjadi muda dan pemberontak
dalam goncangan siasah yang berombak.

Maaf, Markus Antonius
aku harus bersikap dan berpihak.

A poem by Raihani Mohd.Saaid translated by Zurinah Hassan

The poet RAIHANI MOHD SAAID.






Women issue . Several scholars have analysed what they called the feminist voices in my poems. One such paper is written by Dr Suzana Muhammad (Universiti Sains Malaysia),  “The Development of Woman Identity: Feminist Approaches to Selected Poems of Zurinah Hassan.”. A poem often quoted  is  “Pesanan Puteri gunung Ledang Kepada Sultan Mahmud” (The Message From Princess of Mount Ledang To Sultan Mahmud)  The Princess of Mount Ledang was a mythical character, unearthly, magical, mysterious, and of course described as exceptionally beautiful. She dwelt at Mount Ledang in the southern area of Peninsular Malaysia visible from the palace of the Malacca Sultan. As the story goes, the sultan was looking for a queen after the demise of his consort. This time around, the sultan was determined to marry someone or something different from an ordinary human princess as he wanted to be different and far above anyone else. That was how he got the idea of asking for the hand of the Princess of Mount Ledang.
The Sultan sent his men up the mountain to ask for her hand in marriage. He summoned almost every able bodied man, causing much hardship and unnecessary death to his subjects. It was a perilous journey.   Many men fell off into the deep ravine or fell prey to the wild animals.  Even Hang Tuah, the famous Malay warrior, failed to reach the top. Only Tun Mamat succeeded to the summit and entered the garden of the Princess. But he could not see the Princess, and only conveyed the Sultan’s proposal through Dang Raya Rani who was the princess’s chief lady in waiting. The beautiful princess sent her famous message to the Sultan through Tun Mamat.
            The Message from Princess of Mount Ledang to Sultan Mahmud

            Tun Mamat
            Convey this message to the Sultan
            Bring these as my dowry
            If he wishes to marry me.

            Build me a bridge of gold and another of silver
            Bring me germs and mosquitoes seven trays of their hearts
            Vessels full of tears and juice of young beetle nuts
            From the king and his prince a bowl each of their blood.

            Honestly
            I knew from the start
            That he is willing to construct the bridge of misery
            Let the people carry the trays of agony
            And bear the burden of heavy vessels of tears
            Rack their life with flame of his own desire
            Provided he could escape the fire.

            Tun Mamat,
            These conditions only show my rejection
            As his queen I refuse to be
            Seeing my life a murky reflection
            I am not Tun Fatimah
            With the skill to forgive cruelty
            I am not Tun Kudu
            Who could be forced to agree
            It’s enough with Hang Li Po
            Wrapped up as a gift, a commodity
            Or Tun Teja who tripped and fell
            The lover she followed was only a shadow.

            Let Mount Ledang stand tall, a reminder to all
            Of a flower that survived and remained free
            Untouched by the royal fancy
            Even a woman can choose to disagree
            Even a king has his turn
to admit being beaten.

(Menghadap ke Pelabuhan/Facing the Harbour. 2013:20-21)

This proposal is an episode in the Sejarah Melayu (Malay Annals). The story may not have been historically true. The princess may not have existed. But the writer of the Sejarah Melayu has constructed the episode as a medium to criticize the Sultan for his unjust rule of the country and his cruelty especially to women, treating them as if they have no heart and soul. The Princess of Mount Ledang proposed these conditions of the dowry as a way of refusing to marry him. As for the Sultan, this was the first time anyone said no to him. The princess was the first woman to succeed in showing the Sultan that he too must be able to accept rejection. The important point in “Message of the Princess of Mount Ledang to Sultan Mahmud” is the exertion of a woman’s right to decide and take control of herself and her life. That the princess was able to speak her mind showed that women have freedom of expression. As I put in my poem:
Let Mount Ledang stand tall, a reminder to all
Of a flower that survived and remained free
Untouched by the royal fancy
Even a woman can choose to disagree
Even a king has his turn
to admit being beaten.

Besides the “Princess of Mount Ledang,” there are more legendary figures in the Malay Annals, one of which is Princess Hang Li Po.
Princess Hang Li Po was the princess of China betrothed to the Sultan of Melaka as the show of support and protection from the much feared Empire of China to the newly founded nation of Melaka. The Princess was taken away at a tender age when she still playing around at home, cuddled by her mother. I imagined Hang Li Po’s tears dropping into the ocean, crying  for the people she loved and missed so much. Her mother must have also cried in agony, but they both were women facing patriarchal oppression. As a mother I was very much disturbed and saddened by this mother-daughter separation. It would be heart-breaking for any mother to have her daughter taken away and sent to a place so far away.   Given the condition of travel at that time, there was no guarantee of seeing each other again.  More than that, Hang Li Po as a female, was being treated as a commodity shipped to Melaka. Marriage for queens and princesses was not a personal decision but a political mission. Her father, as a man and a king, thought and talked less about family happiness but more about his kingdoms.
Hang Li Po was not the only one sacrificed for the sake of the Malacca Sultanate. There have been others. There were famous beautiful suffering ladies of Malay Annals including Tun Teja, Tun Kudu dan Tun Fatimah. Tun Teja was the daughter of a statesman of Pahang, who felled in love with Hang Tuah and agreed to run away with him to Melaka. Later in the boat she found out that she had been deceived by Hang Tuah with all his talks of love. Hang Tuah at the time was sent to exile by the Sultan and abducting Tun Teja for a present was his mean of getting back into the Sultan’s favour.

Another pitiful woman in the Malay Annals was Tun Kudu. She was the consort of  Sultan Muzaffar and a sister of Tun Perak,  the man who saved Malacca from foreign attacks. Tun Perak rose up for his bravery that strengthened Melaka and it was rumoured that he was eyeing the position of Bendahara much to the dismay of the existing Bendahara, Tun Ali. Subsequently rivalry broke up between supporters of Tun Ali and Tun Perak. This threatened the stability of Melaka and the position of the Sultan. Someone came up with a solution that the widowed Tun Ali should be married into Tun Perak’s family. When offered to pick his choice,  Tun Ali was adamant about desiring none other than Tun Kudu,  the queen. The Sultan agreed  supposedly for the sake of peace and stability. Tun Kudu was divorced and she became another woman who was asked to sacrifice for the sake of Melaka. Indeed Melaka was built on the sorrow and tears of women, but it eventually fell due to the greed and misdeed of men, as has been the case with so many other nationsI have written poems about women in the legends, but  I am also concerned  about the present situation. What happened to the legendry ladies is happening to many women in our time, though in different ways. Even today,  marriages are not  necessarily a matter of the heart. There are marriages of convenience, marriages for family honour, business arrangements, social commitments, and more often to save a woman and her family from the social stigma. A girl is  brought up to preserve a good name so that she will be married into a  good family. It is believed that no woman would remain unmarried by choice . There is a high and often unaffordable price of living alone and remaining true to one’s identity and carving one’s own destiny. My point is what I put in the line, “A woman has to be less herself, in order to be more a woman”. This is delivered in a poem entitled “Marriage”:
Marriage
-one woman’s opinion

Marriage is the difficulty
Of changing routines and priorities
That make you less yourself
And a woman has to be less her self
In order to be more a woman.

Marriage to a woman
Is a protection
For her who dares not live
On her own identity
It is too costly and too risky.

(Menghadap ke Pelabuhan/Facing the Harbour: 82-83)

Even up to the present time some young girls sacrifice advancement in career for a marriage prospect much to the loss of their nations. In a poem “Salam Perempuan Dari Penjara,” (A Woman’s Greeting From Prison, 2010) [S1] ,  I looked at a woman’s journey through life as a procession which no one dares to divert from. It is a procession where everyone walked to a fixed destiny:
She and her sisters
in a procession to their day
while within this wall
they have not lived at all.
 (Menghadap ke Pelabuhan/Facing the Harbour: 60-61)



 [S1]Please specify if these numbers indicate verses or pages.